Firefox NEW Firefox 2.0 released - Download Now!

Friday, July 30, 2004

Al-Quran sebagai peringatan

Kalamullah

Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh penduduk alam. Iaitu bagi sesiapa di antara kamu yang mahu tetap teguh di atas jalan (Islam) yang betul. (At-Takwir: 27-28)
Huraian:Allah s.w.t. telah mencipta manusia sebagai khalifah di muka bumi ini supaya dapat mentadbirnya.
Allah s.w.t. menurunkan al-Quran sebagai kitab panduan yang sempurna, yang memandu perjalanan hidup manusia merangkumi aspek akidah, syariat dan akhlak serta peraturan berkeluarga, bermasyarakat dan negara.
Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Baqarah ayat 2 bermaksud:
Kitab al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya daripada Allah dan tentang sempurnanya), ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertakwa.
Sesungguhnya ajaran agama Islam itu mudah untuk diamalkan oleh manusia. Namun apabila kehidupan manusia itu sendiri menyimpang dari landasan agama, banyak perkara buruk boleh berlaku, seperti keruntuhan institusi keluarga, keruntuhan moral, pencemaran, pergaduhan, pembunuhan dan sebagainya.
Dengan sebab sikap kealpaan manusia, umat Islam digalakkan agar sentiasa saling berpesan antara satu sama lain sesuai dengan firman Allah di dalam surah az-Zariyat ayat 55 yang bermaksud:
Dan tetap tekunlah kamu memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman.


Kesimpulan:

Kehidupan manusia mesti dipandu oleh peraturan dan undang-undang serta ingatan yang berterusan dari masa ke masa untuk menjurus kepada jalan yang diredhai Allah s.w.t.


[ Read More ]

Posted by Zamri@ 7/30/2004 10:41:00 AM

[ (0) comments ]




Thursday, July 29, 2004

Bermuda Triangle

Bermula dari Florida, membawa ke Miami, Puerto Rico dan seterusnya ke Pulau Bermuda, bentuk terkuat yang diketahui oleh manusia telah terhasil iaitu tiga segi. Piramid berbentuk tiga segi, maka ia kukuh hingga kini. Kalau kita ambil kayu dan ikatkan menjadi bentuk tiga segi ia sentiasa lebih kuat daripada yang berbentuk empat segi. Begitulah istimewanya tiga segi tetapi dalam masa yang sama ia juga menyimpan misteri. Bermuda Triangle berbentuk tiga segi dan ia cukup menakutkan. Anda tentu pernah mendengar tentang misterinya Bermuda Triangle. Paling tidak kehilangan skuadran TBM Avengers sebaik sahaja berlepas dari Fort Lauderdale, Florida pasti mendatangkan pelbagai tanda tanya. Apa yang ada di Bermuda Triangle? Dikatakan apabila anda berada di sana, kompas tidak lagi menujukkan arah ke utara. Anda dikira 'hilang' . Satu lagi tempat dikenali sebagai "Devil's Sea" oleh ahli pelayaran Jepun dan Filipina terletak di luar dari kawasan pantai laut Jepun, juga dikatakan memiliki keanehan serupa. Pada ketinggian 25,300 kaki dan masih mendaki untuk mencapai 29,000 kaki, sebuah jet turbo yang dikendalikan oleh Verdi dan Lukaris kelihatan okey. Radar di menara kawalan masih menujukkan di mana mereka berada. Semuanya kelihatan normal. Tiba-tiba ia ghaib begitu sahaja, seolah-olah tidak pernah wujud sebelum itu. Tidak ada tanda-tanda menunjukkan ia jatuh ke laut atau menghadapi apa-apa kesukaran. Ia tiba-tiba ghaib! Apa yang sebenarnya telah berlaku? Teringat pada satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda, maksudnya, "Apabila salah seorang berada di tempat yang terbuka atau di tengah matahari sedang bersinar, lalu bayangan yang meneduhinya bergerak sehingga sebahagian dari dirinya terletak di tempat panas dan sebahagian lagi di tempat sejuk, maka hendaklah dia berdiri (meninggalkan tempat itu)." Dikatakan, larangan ini kerana tempat seperti itu adalah tempat yang paling digemari oleh syaitan. Jadi apa kaitannya dengan Bermuda Triangle? Kawasan ini terletak di perairan Atlantik di pertengahan antara benua Amerika Utara dengan Afrika. Secara mudah, lokasi ini adalah kawasan pertembungan dua arus - panas dari Afrika dan sejuk dari Amerika Utara. Dengan hadis ini maka terjawablah misteri Bermuda Triangle. Perkara-perkara aneh yang berlaku itu tentu antara lain disebabkan pertembungan antara panas dan sejuk dan 'istana' syaitan yang mungkin tersembunyi di situ. Berdasarkan sebuah buku bertajuk "Dajjal akan Muncul dari Kerajaan Jin di Segi tiga Bermuda" oleh Sheikh Muhammad Isa Dawuud dari Mesir yang mendedahkan bahawa kawasan Bermuda Triangle adalah kawasan jin di mana dari situlah akan muncul dajjal. Jika benar dakwaan buku ini, tidak syak lagi apa yang disabdakan oleh Nabi s.a.w. itu nyata mendahului zaman. Sekali gus ia membuktikan Islam memiliki semua jawapan untuk semua persoalan.


[ Read More ]

Posted by Zamri@ 7/29/2004 01:35:00 PM

[ (2) comments ]




Perutusan Nabi menyampaikan kebenaran

Kalamullah

Dan bukanlah Nabi Muhammad seorang yang boleh ditohmah dan disangka buruk terhadap penyampaiannya mengenai perkara-perkara ghaib. (At-Takwir : 24)

Huraian:

Segala ajaran yang disampaikan oleh baginda s.a.w. adalah benar dari segi perkataan, perbuatan dan takrir yang menyentuh alam nyata mahupun yang menyentuh alam ghaib seperti seksaan kubur, alam roh dan Hari Akhirat.

Cerita-cerita mengenai kejadian yang akan berlaku juga diterangkan oleh baginda melalui al-Quran di dalam surah ar-Rum ayat 2 dan 3 yang bermaksud;
Orang-orang Rom telah dikalahkan. Di negeri yang dekat sekali dan mereka sesudah kekalahannya itu akan mengalahkan lawannya. Beberapa tahun selepas kemenangan Parsi, Rom telah mengalahkan Parsi dan inilah bukti daripada berita yang disampaikan oleh al-Quran melalui Rasulullah s.a.w. Kesimpulan:Segala ajaran Islam berupa syariat, akidah dan akhlak telah diturunkan oleh Allah s.w.t. dengan sempurna. Umat Islam hendaklah mempercayai setiap perkara yang telah disampaikan oleh baginda Rasulullah s.a.w. sama ada perkataan, perbuatan dan ikrarnya.


[ Read More ]

Posted by Zamri@ 7/29/2004 12:10:00 PM

[ (0) comments ]




Wednesday, July 28, 2004

Phone View ~ SGH-D410C


Soft Touch Slide-Up
Semi-automatic slide-up mechanism that allows you to slide open the keypad with a gentle push. The SGH-D410C is compact when closed yet features a wide screen and large keypad.

 
2.0" Wide Screen with 262K Colours
The large LCD screen is capable of displaying 262,144 colours, offering you the most advanced quality and richer images compared to conventional mobile displays. Photos on screen are colour-rich, games are more intense and wallpapers are more brilliant.

 
Video Recorder / Playback (Motion JPEG)
The camera has Motion JPEG format with sound so you can shoot video clips in full Motion JPEG. There's also the Playback function that lets you review your clips.

 
VGA Camera
Equipped with a VGA (640x480) 300K pixel level digital camera that provides plenty of resolution for PC downloading.The unique 180 degrees rotating lens enables you to shoot from every angle by simply turning the lens.Equipped with Multi-Shot function for shooting 15 consecutive photos in high speed mode, or up to 9 in normal speed mode.Features a 4X digital zoom function and picture brightness control at 10 times the level.Try the 4 Effects (Gray, Negative, Sephia, Poster) and give your images a look of pure artistry. Select from the 11 frames and have fun entertaining friends and family with decorative framed images.

 
64-Chord Polyphonic Ringtones
The SGH-D410C incorporates the latest digital sound technology with 64-chord polyphonic ringtones, to give you rich and near-real natural sound. It's like a mobile orchestra that performs, sings and talks.Asied from ringtones, you can select a wide variety of tones that sound when you use the Keypad, Messages, slide and Power on/off button.

 
E-mail
The e-mail client function can provide a more flexible and efficient work environment, giving you real-time email access wherever you are.

 
Photo Messaging with MMS
Along with text messages, you can also send image, voice/sound*, or animated images to someone's email address or GSM phone.Send and receive messages of up to 100KB* and store up to 1MB.*Dependent on Network, SIM Card, usage and battery condition.

 
Downloadable Java Applications
4 Java Games come with your phone: Bubble Smile, Fun 2 Link, Ultimate Golf Challenger & Mobile Chess.Download a wide variety of Java applets such games, travel information, personal management tools etc. from various websites.

 
Others WAP 1.2.1
GPRS Class 8IrDA (Infra-red Connectivity)Phonebook- Store up to 1,000 entries in the phone's memory.Personal Organiser- Voice Memo, Calender, To-Do list, Clock, Alarm, Calculator, Currency Conversion, World Time.

[Just for information ..... ]

More





[ Read More ]

Posted by Zamri@ 7/28/2004 12:02:00 PM

[ (0) comments ]




PALM ZIRE 72

 

Manufacturer: PalmOne Inc
Distributor: Show
Type: N/A
LCD: 16-bit (65,536-colour) 320 x 320 pixel transflective TFT display
Dimension: 116 x 75 x 17 mm
Weight: 136
Specifications: 32MB RAM (25MB usable for application storage), 3.5mm headphone jack, Secure Digital/Multimedia Card slot, lithium-ion rechargeable battery.
Software Bundled: N/A
Processor: 312MHz Intel PXA270 processor
Operating System: Palm OS 5.2.8
Memory: 32
Flash Rom: N/A
System Requirement: Windows 98/2000/Me/XP or Mac OS 9 version 9.2.2/Mac OS X versions 10.2 to 10.3, USB port, CD-ROM player
Remark: N/A
Price(RM): 1,128.00
Website: Click here
Courtesy: PalmOne Singapore Pte Ltd


[ Aku masih minat lagi O2 nyer products... XDA II .... tak tau la bila aku dapat beli XDA II ni....
]


[ Read More ]

Posted by Zamri@ 7/28/2004 11:26:00 AM

[ (0) comments ]




Wajarkah Norashikin dipaksa sertai PLKN?

[Artikel ni aku dapat dari utusan online...... rasa terpanggil laks nak buat komen pasal ni..]

=========================================
Saudara pengarang,
SAYA tersentuh dengan cerita bergambar di muka depan Utusan Malaysia bertarikh 26 Julai 2004 yang memaparkan mengenai pengorbanan ibu muda. Pada pendapat saya, pihak yang berwajib dalam Program Khidmat Latihan Negara (PLKN) sepatutnya lebih memahami erti pengorbanan.
Adalah tidak wajar memaksa seorang ibu muda yang mempunyai anak kecil yang baru berumur lapan bulan yang tidak mengerti apa-apa dipisahkan daripada ibunya di saat-saat ia sangat memerlukan kasih sayang dan perhatian ibunya. Apatah lagi inilah masa yang paling penting si anak diberi peluang emas untuk mendapat susuan ibu yang tak ternilai. Ini dilihat sebagai kurang berperikemanusiaan pihak yang berwajib berbanding aspek pengorbanan seorang ibu.
Pada hakikatnya kita harus melihat sendiri dasar penubuhan program itu sendiri; memupuk semangat cintakan negara, memupuk integrasi kaum, memupuk nilai positif dan untuk mengelak gejala-gejala kurang sihat di kalangan remaja dan belia-belia kita. Kalau dilihat pada situasi yang dipaparkan, kenapakah perlu dipaksa Norashikin Rosli yang baru membina institusi keluarga yang sudah jelas sasar tujunya untuk membina keluarga bahagia, sedangkan kita lihat bahawa lebih ramai lagi golongan yang wajar diketengahkan seperti mereka yang masih melepak di kompleks membeli-belah, siber kafe serta penganggur-penggangur yang belum mempunyai fokus jelas untuk masa depan dan pelbagai jenis remaja di luar sana. Adalah diharapkan slogan masyarakat penyayang yang selalu diuar-uarkan dapat dipraktikkan dalam semua situasi dan pihak berwajib dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya mengikut situasi yang ada dan tidak berpandukan Blanket Rule. - IBU THIRAIZZATI, Alor Star, Kedah

=========================================

[Bagi aku Norashikin Rosli tak perlulah dipanggil untuk menjalani PLKN. Kalau kita tengok sasaran PLKN sendiri adalah remaja lepasan SPM dan BUKANNYA yang telah berkahwin. Jadi tak wajar la kalau ibu muda ni terpaksa ikut PLKN..... dah la ada tanggungjawab dengan keluarga, suami malahan dah anak dah... jadik tak perlu jalani PLKN ni.... kesian anak dia nanti.......... sepatutnya budak² yang melepak kat shopping complex tu patut di paksa jalani PLKN .. kalau boleh cari mereka tangkap dan daftarkan aje dlm PLKN....... aku sokong betul penulis surat atas ni.... prihatin dan bertanggungjawab.......... ]






[ Read More ]

Posted by Zamri@ 7/28/2004 10:23:00 AM

[ (1) comments ]




Targhib, tarhib - Unsur penting dalam dakwah

ALLAH s.w.t. berfirman di dalam surah Saba' ayat ke 25 bermaksud, Dan Kami tidak mengutuskan engkau melainkan kepada umat manusia seluruhnya sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.
Perutusan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pembawa berita gembira dan pemberi peringatan, diulang-ulang beberapa kali di dalam al-Quran dalam beberapa ayat yang lain, iaitu ayat 119 surah al-Baqarah, ayat 23 surah Fatir dan ayat 4 surah Fussilat. Pengulangan ini menunjukkan penegasan tentang peranan Rasulullah s.a.w.
Peranan Rasulullah s.a.w. sebagai pembawa berita gembira dan pemberi peringatan mewarnai hampir keseluruhan dakwah baginda s.a.w.
Dalam setiap amal kebaikan yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w., kerap kali ada balasan baik yang dijanjikan. Begitu juga dengan amal kejahatan selalu ada peringatan terhadap balasan buruk yang akan disediakan.
Sebesar-besar janji baik adalah Syurga dan seburuk-buruk ancaman adalah neraka Allah s.w.t.
Menyampaikan berita gembira yang membangkitkan semangat untuk beribadah diistilahkan sebagai at-targhib.
Manakala memberikan ancaman-ancaman agar merasa gerun untuk melakukan dosa dan maksiat, diistilahkan sebagai at-tarhib. Kedua-duanya merupakan intisari dakwah Rasulullah s.a.w. yang penting.
Walau bagaimanapun, kedua-duanya merupakan janji yang tidak dapat dilihat segera di dunia ini.
Ia bergantung kepada tahap keimanan seseorang terhadap Allah dan Rasul-Nya. Allah berfirman dalam ayat 7 surah al-Hasyr yang bermaksud : Apa yang diberikan rasul kepadamu maka terimalah, dan apa yang dilarang bagimu maka tinggalkanlah.
Ayat ini menyeru agar menerima apa sahaja yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w., termasuk segala janji baik dan buruk yang dibawa oleh baginda s.a.w.
At-targhib dan at-tarhib ini jarang diperhatikan di dalam perbincangan-perbincangan tentang dakwah. Sedangkan ia merupakan inti dakwah yang mampu memberikan kesan terhadap hati dan perasaan manusia yang berakal.
Perasaan mahu kepada yang baik dan bernilai serta takut kepada sesuatu yang menyusahkan dan menyakitkan adalah fitrah semua manusia. Perasaan manusia boleh tergugat dengan kedua-duanya.
Walau bagaimanapun, at-targhib dan at-tarhib ini hendaklah didasarkan kepada nas-nas al-Quran dan hadis-hadis yang sahih mahupun daif.
Para ulama hadis telah sepakat membenarkan penggunaan hadis-hadis daif yang tidak keterlaluan daifnya dalam masalah at-targhib dan at-tarhib.
Namun demikian terdapat juga sesetengah pengkaji hadis yang tetap tidak bersetuju penggunaan hadis-hadis daif, walaupun di dalam kedua-dua perkara ini.
Menjawab persoalan ini, penulis membawakan komentar Dr. Sayyid Muhammad ibn `Alawi al-Maliki al-Hasani yang berkata : ``Wahai pengkaji dan pengkritik hadis, janganlah kamu tergamak mengeluarkan sesuatu hadis kepada kedudukan bukan hadis''.
Unsur-unsur at-targhib dan at-tarhib seharusnya mendapat perhatian penting di dalam sebarang pertemuan yang diadakan di atas nama usaha dakwah. Termasuk juga sebarang penulisan dakwah.
Dakwah adalah usaha mendidik bukan memperkenalkan tentang dakwah secara luaran. Tidak ada salahnya membicarakan tentang metodologi dakwah, kerana ia juga merupakan suatu bidang ilmu yang mengajar bagaimana berdakwah.

More



[ Read More ]

Posted by Zamri@ 7/28/2004 10:12:00 AM

[ (0) comments ]




Peraduan SMS haram

PUTRAJAYA 27 Julai - Majlis Fatwa Kebangsaan hari ini memutuskan bahawa peraduan kuiz melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) adalah haram kerana mengandungi unsur perjudian.
Pengerusinya, Datuk Dr. Ismail Ibrahim berkata, keputusan itu berdasarkan beberapa hujah dan latar belakang peraduan tersebut yang bersifat samar-samar, mengandungi unsur eksploitasi dan penipuan.
Selain itu, katanya, ia bergantung kepada nasib dan wang pertaruhan.
Menurut beliau, jika disebut judi, ia bergantung kepada nasib dan wang pertaruhan yang tidak menentu serta mengeksploitasi duit orang ramai sedangkan yang mendapat keuntungan adalah pihak tertentu dalam bilangan yang terhad.
Dalam konteks kuiz melalui SMS, katanya, orang ramai terpaksa mengeluarkan wang untuk menyertai sesuatu kuiz melalui penghantaran SMS dengan harapan akan menang sedangkan yang mendapat keuntungan daripada kemenangan adalah sebilangan kecil peserta sahaja.

[Alhamdulillah... akhirnye keluar gaks fatwa pasal SMS kuiz ni... mmg betul un jangkaan aku.. selain melibatkan perjudian.. berlaku juga pembaziran.. membazir tu amalan syaitan....memang patut pun diharamkan.......]

More



[ Read More ]

Posted by Zamri@ 7/28/2004 09:52:00 AM

[ (0) comments ]




Tuesday, July 27, 2004

JOSEMI JOINS LIVERPOOL

Liverpool manager Rafael Benitez has confirmed the club have completed the signing of versatile defender Josemi in a £2million move from Malaga. Speaking after his side's 5-1 demolition of Celtic in the Rentschler Field Stadium, the Spaniard revealed he had raided his homeland for the 24-year-old. "Josemi has signed," said Benitez. "I know this player and he is good in defence, good in the air and can make this team stronger." Benitez hinted that could be his last signing of the summer so he can concentrate on working with his players for the start of the new campaign. "For me it is important that we have good players and it does not matter what nationality they are," continued the summer arrival from Valencia. "Perhaps I know the Spanish market better than others but we have good scouts all around the world so if good players become available then we will sign them. "We needed forwards and a central defender so now I am not nervous. I want to work with the team and I will talk with scouts and staff and decide."

[ Ni satu lagi berita yg agak baik la.. first signing for Benitez after being a manager at Liverpool... banyak lagi spekulasi pasal new signing.. selain pemain Valencia (Aimar, Ayala, Vicente, Baraja), ade gaks rumours pasal Joaquin (Betis), Miguel (Malaga), Xabi Alonso ( tak ingat kelab mana)... aku harap Benitez dapat manage sebaik yg mungkin.... tak kira la dia nak beli sape pun.... tp kalau dapat Joaquin tu ok gaks.......sebab dpt cover Diouf yg mmg takde peluang nak main kat Liverpool dah.. so.. keep waiting in patient.....]



[ Read More ]

Posted by Zamri@ 7/27/2004 02:17:00 PM

[ (0) comments ]




RAFA'S REDS REBORN IN THE USA

Liverpool kicked off their tour of the United States and Canada by thrashing Celtic 5-1 in the Rentschler Field Stadium in East Hartford, Connecticut. Djibril Cisse (2) and Stephane Henchoz both scored their first goals for Liverpool to wrap up the game in the second-half after John Arne Riise and Michael Owen had powered the Reds into a 2-nil lead after just 16 minutes of the first-half. Celtic scored a late consolation goal from the spot after 73 minutes when Craig Beattie picked himself up from a foul by Salif Diao to put his penalty beyond Chris Kirkland but Cisse's second after 76 minutes restored the four-goal cushion.


[Permulaan yang baik bagi liverpool hahahaha... Cisse give a good a perfomance (wlpun aku tak tgk game ni tp aku rasa mesti hebat dia main sbb aku pernah tgk klip sms dia main dgn kelan lama dia dulu Auxerre.... Liverpool keep going with ur good perfomance and show that ur history can be repeat again..... ]


[ Read More ]

Posted by Zamri@ 7/27/2004 12:23:00 PM

[ (0) comments ]




Monday, July 26, 2004

Quiz Today

Hari ni tak tau ape nak diupdate kan.. sbb hari ni banyak moody and boring la.. aku pun tak tau.. tp aku try satu dua quiz ni..kira ok la....
 
Doctor Unheimlich has diagnosed me with
ZAMRI's Disease
Cause:watching too much television
Symptoms:bad poetry, dislike of modern architecture, photophobia
Cure:don't do it again
Enter your name, for your own diagnosis:

Doctor Unheimlich has diagnosed me with
Rinnie's Disease
Cause:a blow to the head
Symptoms:sleepwalking, tentacle growth, blocked nose
Cure:exercise
Enter your name, for your own diagnosis:



[ Read More ]

Posted by Zamri@ 7/26/2004 05:04:00 PM

[ (2) comments ]




Thursday, July 22, 2004

What Makes a Person Rich?

One day a father of a very wealthy family took his son on a trip to the
country with the firm purpose of showing his son how poor people live.
They spent a couple of days and nights on the farm of what would be
considered a very poor family.

On their return from their trip, the father asked his son, "How was the
ttrip?"
" It was great, Dad."
"Did you see how poor people live?" the father asked.
"Oh yeah," said the son.
"So, tell me, what did you learn from the trip?" asked the father.

The son answered:

"I saw that we have one dog and they had four.
We have a pool that reaches to the middle of our garden and they have a
creek that has no end.
We have imported lanterns in our garden and they have the stars at night.
Our patio reaches to the front yard and they have the whole horizon.
We have a small piece of land to l ive on and they have fields that go
beyond our sight.
We have servants who serve us, but they serve others.
We buy our food, but they grow theirs.
We have walls around our property to protect us, they have friends to
protect them."

The boy's father was speechless.
Then his son added, "Thanks, Dad, for showing me how poor we are."

Isn't perspective a wonderful thing? Makes you wonder what would happen
if we all gave thanks for everything we have, instead of worrying about
what we don't have.

Appreciate every single thing you have, especially your friends!




[ Read More ]

Posted by Zamri@ 7/22/2004 04:30:00 PM

[ (0) comments ]




e-Purse - Gaya hidup di universiti


 
PENGGUNAAN kad plastik e-Purse dijangka mengubah urusan transaksi di universiti apabila syiling dan wang kertas tidak digunakan lagi. Ia juga dijangka menjadi pengganti kad matrik, kerana di dalamnya terdapat semua maklumat mengenai diri seseorang pelajar. Ia dibayangkan apabila pelajar hanya menunjukkan kad plastik ketika bersarapan pagi, makan tengah hari atau malam di kafeteria, membeli alat tulis di kedai koperasi atau ketika membuat salinan fotostat di perpustakaan. Ia bakal menjadi gaya hidup baru di universiti sepertimana penggunaan telefon bimbit, komputer notebook atau pemakaian kad matrik. Dengan ciri-cirinya yang semakin dinaikkan taraf, maka e-Purse akan menjadi semakin penting sebagai alat memudahkan kerja dan menjimatkan masa berurusan. Hampir semua universiti awam di negara ini telah memulakan inisiatif memperkenalkan e-Purse di kalangan pelajar dan staf masing-masing. Di Universiti Utara Malaysia (UUM) e-Purse dijangka akan dilaksanakan pada September ini. ``Staf dan pelajar tidak perlu membawa wang tunai yang banyak untuk membeli barangan dan makanan di kampus,'' kata Naib Canselor UUM, Prof. Datuk Dr. Ahmad Fawzi Mohd Basri. Menurut beliau lagi, bukan sahaja semua pelajar mengggunakan kad ini dalam sebarang urusan pentadbiran dan transaksi kewangan dalam kampus, malah kad ini akan menjadi kad alumni apabila mereka menamatkan pengajian kelak. 

More




[ Read More ]

Posted by Zamri@ 7/22/2004 10:00:00 AM

[ (0) comments ]




8,000 pondan dikesan terdiri daripada orang Melayu

KUALA LUMPUR 21 Julai - Kira-kira 8,000 pondan yang dikesan terdiri daripada orang Melayu, menurut Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Chew Mei Fun.
Mei Fun berkata, mereka merupakan 80 peratus daripada 10,000 pondan yang dilaporkan dalam kajian yang dibuat oleh seorang pensyarah dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Yik Koon Teh.
Tambah beliau, kerajaan juga akan menjalankan kajian dengan sebuah universiti tempatan mengenai kegiatan gay dan lesbian.
``Kajian tersebut bertujuan untuk mengukur persepsi masyarakat tempatan terhadap golongan homoseksual, mengenal pasti isu psikologi, sosial, kesihatan dan genetik yang dihadapi oleh wanita dan lelaki homoseksual.
``Kajian itu juga untuk mengenal pasti dan memahami masalah serta keperluan golongan homoseksual bagi membantu kerajaan merangka dasar serta program yang bersesuaian bagi membantu membendung penularan penyakit sosial di negara ini,'' katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Senator Wan Ubaidah Omar yang ingin mengetahui mengenai jumlah pondan di negara ini pada sidang Dewan Negara di sini hari ini.

More


[ Read More ]

Posted by Zamri@ 7/22/2004 09:31:00 AM

[ (0) comments ]




Celcom tawar pakej pra-bayar lebih rendah

KUALA LUMPUR 21 Julai - Celcom (M) Bhd. (Celcom) meningkatkan lagi daya saingnya dalam pasaran pra-bayar telefon bimbit tempatan dengan menawarkan pakej pra-bayar Xplore pada harga serendah RM38 bermula esok.
Dalam kenyataannya di sini, hari ini, Naib Presiden Kanan Kumpulan Pengurusan Pelanggan dan Data Mudah Alih Celcom, Zubir A. Rasid berkata, kadar harga tersebut jauh lebih murah berbanding RM48 bagi pakej itu sebelum ini.
``Dengan hanya membayar RM38 bagi pakej Xplore, pelanggan juga dapat waktu bercakap bernilai RM30 bersama borang kaji selidik pelanggan secara percuma,'' ujar beliau lagi.
Setelah menawarkan kadar caj perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) terendah iaitu 5 sen bagi satu SMS pada 5 Jun lepas, Celcom kini membuat `kejutan' sekali lagi dengan menawarkan pakej pra-bayar dengan harga antara yang terendah.
DiGi Telecommunications Sdn. Bhd. (DiGi) sebelum ini, merupakan satu-satunya firma telekomunikasi di negara ini yang menawarkan pakej pra-bayar `Beyond Prepaid' pada harga terendah iaitu RM38 bagi satu-satu pakej.
Selain Xplore, pakej talian pra-bayar Celcom turut merangkumi dua pakej lain iaitu Xcell dan Xplore.
Pelanggan ketiga-tiga pakej pra-bayar Celcom ini menikmati kadar bayaran panggilan antarabangsa yang kompetitif antaranya ke Singapura, Indonesia, Brunei dan Filipina.
Mengulas lanjut, Zubir menambah, selain menikmati bonus waktu panggilan, servis perayauan luar negara yang selesa serta dan kadar caj panggilan antarabangsa yang rendah ke Indonesia, Hong Kong dan Amerika Syarikat


[ Read More ]

Posted by Zamri@ 7/22/2004 09:25:00 AM

[ (0) comments ]




Maxis mahu kuasai pasaran nada dering

KUALA LUMPUR 21 Julai - Maxis Communications Bhd. (Maxis) melalui jenama prabayarnya, Hotlink telah memperkenalkan nada dering pemanggil (Caller Ringtones) iaitu perkhidmatan panggilan balik yang pertama dalam industri dalam usaha menguasai sebahagian besar pasaran nada dering.
Caller Ringtones berfungsi sebagai pengganti nada sambungan yang biasa didengar pada telefon mereka dengan muzik dan kesan bunyi sementara menunggu panggilan disambungkan kepada penerima panggilan Hotlink.
Menurut Ketua Pemasaran Prabayar Maxis, Chee Loo Fun, pengenalan Caller Ringtones bertujuan memenuhi permintaan yang kian meningkat bagi tanda peribadi dalam komunikasi mudah alih.
``Inovasi terbaru ini memanfaatkan populariti pasaran nada dering yang telah berkembang seiring perubahan format muzik mudah alih daripada monofonik kepada polifonik.
``Berdasarkan kepada kecenderungan ini, kami yakin Caller Ringtones mampu menyamai kejayaan nada dering polifonik yang mencatatkan purata lebih 100,000 muat turun sebulan,'' katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 
 
More


[ Read More ]

Posted by Zamri@ 7/22/2004 09:23:00 AM

[ (0) comments ]




Wednesday, July 21, 2004

JXD 818G/FM MP3 DIGITAL PLAYER


Manufacturer: ShenZhen ChangXunXing Electronics Co Ltd
Distributor: Show
Type: Digital MP3 player and thumb drive
Dimension: 83 x 25 x 14 mm
Weight: 31
Specifications: Plays MP3 and WMA audio files, 128MB flash memory, FM radio tuner, recording function, five preset equaliser modes (normal, rock, jazz, classic and pop) and built-in rechargeable lithium-ion battery. Bundled with stereo earphones, USB cable and hand strap
System Requirement: Windows 98 or higher, Intel Pentium 166MHz processor or faster, 32MB RAM (64MB RAM recommended for Windows 2000 system), 20MB free hard disk space, CD-ROM drive, soundcard and USB port
Remark: N/A
Price(RM): 390.00
Website:Click here
Courtesy: Harbinger InfoTech Pte Ltd








[ Read More ]

Posted by Zamri@ 7/21/2004 04:49:00 PM

[ (0) comments ]




Powerline broadband access available soon

SUBANG JAYA: POWERLINE carrier systems provider CPS Mobile Technology Sdn Bhd will by the end of the month begin offering equipment that provides 14Mbps broadband Internet access over a combination of electrical power lines and wireless links.

“We’ve just completed successful pilot trials with TNB Research," CPS Mobile Technology marketing manager Anwar Sultan told In.Tech recently.

The trials involved broadband access to student hostels in Universiti Tenaga Nasional at its Bangi campus and Universiti Utara Malaysia hostels at its Sintok campus.

More


[ Read More ]

Posted by Zamri@ 7/21/2004 04:39:00 PM

[ (0) comments ]




Tuesday, July 20, 2004

Lagu kenangan

Lagu ni popular masa aku ambik Diploma thn 1997-2000..banyak kenangan dengan member2 aku dulu.....hasnol, irfan,Lan,Wan taib,Yusry,Pak teh,Jepp,Zul,Ujang,Blake,Jun dan ramai lagi.... rakan seperjuangan aku semua ni.......... semua rasa susah payah masa mula2 nak hidup kat KL.....
 
Artist: Metallica
Album: Reload
Title: Low Man's Lyric

My eyes seek reality
My fingers seek my veins
There's a dog at your back step
He must come in from the rain
I fall 'cause I let go
The net below has rot away
So my eyes seek reality
And my fingers seek my veins
The trash fire is warm
But nowhere safe from the storm
And I can't bear to see
What I've let me be
So wicked and worn
So as I write to you
Of what is done and to do
Maybe you'll understand
And won't cry for this man
'cause low man is due
Please forgive me
My eyes seek reality
My fingers feel for faith
Touch clean with a dirty hand
I touched the clean to the waste
The trash fire is warm
But nowhere safe from the storm
And I can't bear to see
What I've let me be
So wicked and worn
So as I write to you, yeah
Of what is done and to do, yeah
Maybe you'll understand
And won't cry for this man
'cause low man is due
Please forgive me
Please forgive me
Please forgive me
So low the sky is all I see
All I want from you is forgive me
So you bring this poor dog in from the rain
Though he just wants right back out again
And I cry to the alleyway
Confess all to the rain
But I lie, lie straight to the mirror
The one I've broken to match my face
The trash fire is warm
But nowhere safe from the storm
And I can't bear to see
What I've let me be
So wicked and worn
So as I write to you, yeah
Of what is done and to do, yeah
Maybe you'll understand
And won't cry for this man
'cause low man is due
Please forgive me
Please forgive me
So low the sky is all I see
All I want from you is forgive me
So you bring this poor dog in from the rain
Though he just wants right back out again
My eyes seek reality
My fingers seek my veins


[ Read More ]

Posted by Zamri@ 7/20/2004 02:16:00 PM

[ (0) comments ]




Walimatul Urus - Irfan & Rabaiah

Assalamualaikum,

Diumumkan pada 22 dan 28 Ogos 2004 berlangsungnya perkahwinan diantara Ahmad Irfan (Ex-DDC) dan Rabaiah. Oleh itu, sesiapa yang mengenali samada si pengantin lelaki atau perempuan silalah hadir bagi memeriahkan lagi majlis perkahwinan kawan kita ini.






Kad Jemputan (pinjam Junaidix)

Sorang lagi kawan aku yang nak kahwin.. hai dah jodoh dia ... tak kemana.. pucuk dicita ..ulam mendatang... ha..mengarut laks. Anyway congrats sbb berjaya jugak ko tamatkan zaman bujang ko... sedang kan aku masih lg terkial-kial nak cari money... hehehehe...... Irfan ni member aku masa belajar Diploma dulu.. kira satu geng dengan Junaidix, Haiza dan ramai lagi la...... kitorang (geng umah Enggang) dulu malas sket .. nak2 buat program.... jadik pegi umah member kitorang kat jln semarak kitorang copy dan edit... hahahaha.. gilo punyer keje... tp sekurang2nyer kitorang paham gaks ape yg kitorang buat.. hehehe.. sbb lecturer aku cakap copy pun kira proses belajar gaks. Insyaallah ....aku cuba hadirkan diri ke majlis ko....... Mungkin kedua2 skali.... lagi satu irfan .. nanti aku belikan hadiah lain untuk ko.. sbb masa kat Bali aku tak sempat nak beli ape2... short of time.... Anyway
CONGRATS AND GOOD LUCK ... rite now u are in another zone... zone org dah kawin.....hehehehehehehehehehe .....aku zone bujang...hahahahaha




[ Read More ]

Posted by Zamri@ 7/20/2004 09:47:00 AM

[ (1) comments ]




Monday, July 19, 2004

EPL Fixtures

Sat - 14 Aug 04

Tot'ham  v  Liv'pool
A Villa  v  South'tn
Blackb'n  v  W.B.A.
Bolton  v  Charlton
Man City  v  Fulham
Norwich  v  C Palace
Portsm'h  v  Birm'ham
M'brough  v  N'castle

Sun - 15 Aug 04

Everton  v  Arsenal
Chelsea  v  Man Utd


[ Read More ]

Posted by Zamri@ 7/19/2004 05:16:00 PM

[ (0) comments ]




LIVERPOOL FIXTURES - August

Musim baru 04/05 akan bermula pada 14 Ogos dengan Liverpool akan bertemu Spurs..... dan yg aku tau MU akan temu Chelsea...hehhehe best game ni... nanti aku cari bagi game pertama musim 04/05
 
Saturday 14 August

Barclays Premiership

Tottenham v Liverpool
12.45

Saturday 21 August

Barclays Premiership

Liverpool v Man City
15.00

Wednesday 25 August

Barclays Premiership

Liverpool v Portsmouth
postponed

Saturday 28 August

Barclays Premiership

Bolton v Liverpool
rescheduled

Sunday 29 August

Barclays Premiership

Bolton v Liverpool
16.05



[ Read More ]

Posted by Zamri@ 7/19/2004 05:08:00 PM

[ (0) comments ]




Sinar cahaya - Ayat Qursi

Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawapan salam daripada isterinya
Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.....
 
Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah di sekitarnya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang fardhu,Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi-nabi serta Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan tujuh puluh ribu Malaikat kepadanya* mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya. Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."


[ Read More ]

Posted by Zamri@ 7/19/2004 04:46:00 PM

[ (0) comments ]




Polis wanita dibenar pakai tudung ketika bertugas

KUALA LUMPUR 15 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah memberikan persetujuan supaya anggota polis wanita dibenarkan untuk memakai tudung ketika bertugas. Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Noh Omar berkata, perkara ini adalah di bawah kuasa Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan sehubungan itu surat kelulusan telah dihantar kepada Bukit Aman. Katanya, oleh itu terpulanglah kepada mereka bila hendak menguatkuasakannya serta mengedarkan surat pekeliling bagi memaklumkan perkara tersebut. ``Kementerian membenarkan anggota polis wanita memakai tudung kerana kita lihat kebanyakan agensi beruniform yang lain seperti Jabatan Penjara dan Jabatan Imigresen sudah membenarkan perkara ini dan ia jelas tidak mengganggu perjalanan tugas. ``Bukan itu sahaja, jika Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pun tidak ada sebarang masalah dengan anggotanya memakai tudung, maka mengapa kita tidak boleh benarkannya dalam pasukan polis, lagipun terdapat banyak permintaan dan saranan yang kita terima berhubung perkara ini,'' katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini. Menurut Noh, polis selama ini tidak membenarkan anggotanya memakai tudung melainkan bagi anggota polis wanita yang bertugas di mahkamah syariah sahaja. ``Sekarang ini kita benarkanlah dan kita sedar bahawa perkara ini memang sudah lama dibangkitkan. Selain itu perkara ini akan membabitkan peruntukan tertentu untuk membeli tudung kerana peruntukan ini juga harus disediakan,'' jelasnya.
 
Bagus jugak ni.... kurang2 nyer ramai org islam perempuan yg jadik polis boleh pakai tudung.. sebb selama pengamatan aku.. tak ramai yg pakai tudung.......(sbb umah aku kat berek polis .....hehehhe)


[ Read More ]

Posted by Zamri@ 7/19/2004 12:41:00 PM

[ (0) comments ]




Tokoh - Muhammad Said Yan - Ulama yang berdikari

NAMA lengkapnya, Haji Muhammad Said bin Penghulu Muhammad Thaiyib Yan, Kedah. Lahir di Kampung Anak Bukit, Alor Setar, Kedah pada 1294 Hijrah/1877 Masihi, meninggal di Titi Bakong, Yan, Kedah, 1382 Hijrah/ 1962 Masihi.
 
PENDIDIKAN
Muhammad Said mendapat pendidikan awal di Pondok Haji Mat Tamin, Kampung Anak Bukit. Ada juga diriwayatkan bahawa beliau sempat belajar kepada Syeikh Jarum. Diriwayatkan juga bahawa selain mendapat pendidikan pondok, beliau juga pernah memasuki Sekolah Agama al-Hamidiah di Limbong Kapal, Alor Setar, Kedah.

AKTIVITI
Aktiviti Muhammad Said dapat dibahagikan kepada empat kelompok: 1. Guru Agama, 2. Kadi 3. Pengarang 4. Tabib. Sebagai seorang ulama, MuhammadSaid membuka pengajian sistem pondok dan penadahan pelbagai kitab di rumahnya di Titi Bakong, Yan, Kedah. Ramai orang berkunjung ke rumahnya setiaphari, siang dan malam. Murid-muridnya selain daripada Titi Bakong juga datang dari tempat-tempat lainnya. Bahkan ada yang datang dari Sumatera Utara terutama dari Mandailing. 

PENULISAN
1. Anak Kunci, diselesaikan 5 Zulhijjah 1332 Hijrah. Kandungan pelajaran adab untuk kanak-kanak. Muhammad Said telah membaca karya tersebut di hadapan Syeikh Muhammad Khaiyat, Syeikh al-Islam Kedah pada zaman itu, dan ulama besar bangsa Arab itu memuji karya tersebut. Cetakan ulangan dimuat secara keseluruhan dalam Ath-Thabib, juzuk yang pertama, cetakan pertama Tian Tek Printers, Alor Setar, Kedah, 1374 Hijrah, halaman 10 - 14.
2. Buah Putik Bagi Kanak-Kanak Pada Permulaan Tumbuhnya. Judul ini beliau sebut dalam karyanya Ath-Thabib, juzuk yang pertama, katanya ``... peringatan kemudian daripada hamba telah tulis dan sudah cap kepada Anak Kunci yang tersebut itu, kemudian hamba pun karangkan pula sambungannya, hamba namakan dia Buah Putik Bagi Kanak-Kanak Pada Permulaan Tumbuhnya. Dan sudahlah hamba cap akan dia kali yang pertama banyaknya seribu naskhah. Sekarang ini sudah habis ...''
3. Adabul Katib, juzuk yang pertama, tahun 1335 Hijrah/1917 Masihi. Pada halaman depan dinyatakan kandungannya bahawa pada menyatakan adab menulis dan rencana surat-surat kirim syair- syair. Pada halaman pertama dan kedua terdapat taqriz atau pujian-pujian daripada Muhammad Ihsan bin Haji Abdul Mannan, ulama Surabaya dan Haji Muhammad bin Muhammad Ali, ulama Sambas. Kata-kata pemberi semangat da-ripada ulama Sambas itu termaktub, ``Mudah-mudahan dengan sebab kerajinan dan jasa Tuan pada mengadakan beberapa karangan bertimbunan pula kelak beberapa laki-laki Melayu berusaha bagi mengadakan karangan- karangan supaya memberi faedah dan jadi pengenalan bagi roh kanak-kanak bangsa benih Islam.'' Pada mukadimah Muhammad Said, perhatian diberikan terhadap bahasa Melayu yang sudah mulai diabaikan daripada ucapan dan penulisan yang betul. The Critarian Press Limited, Pulau Pinang, 1335 Hijrah/1917 Masihi.
4. Punca Kesukaan, juzuk yang pertama, diselesaikan 1336 Hijrah/1918 Masihi. Pada halaman depan dinyatakan kandungannya bahawa ``pada bicara khutbah nikah dengan bahasa Jawi, dan kaedah surat panggilan, dan nasihat pengajaran.'' Pada halaman akhir terdapat dua bait syair bahasa Arab oleh Haji Abdullah Pak Him. Cetakan pertama The Critarian Press Limited, Pulau Pinang, 1336 Hijrah/1918 Masihi.
5. An-Nashihah Asy-Syabaniyah, diselesaikan 1343 Hijrah/1921 Masihi. Kandungannya membicarakan wirid malam Jumaat. Cetakan pertama The Teruna Kuala Pilah, Negeri Sembilan, 1355 Hijrah.
6. Majalah Nun, diselesaikan pada hari Selasa, 11 Syaaban 1344 Hijrah/23 Februari 1926 Masihi. Majalah ini hanya mampu bertahan hingga bulan November 1932 Masihi.
7. Ath-Thabib, juzuk yang pertama, diselesaikan pada bulan Muharam 1374 Hijrah.


KEKELUARGAAN
Diriwayatkan bahawa Muhammad Said sepanjang hayatnya pernah berkahwin enam kali. Perkahwinan pertama dengan Che' Dun, anak saudara Syeikh Wan Sulaiman. Daripada perkahwinan ini beliau memperoleh enam orang anak. Perkahwinan kedua dengan Hajah Aisyah binti Haji Kecik, memperoleh seorang anak lelaki, Haji Ismail. Perkahwinan ketiga kalinya di Kuala Muda dengan Che' Lin, memperoleh seorang anak perempuan. Perkahwinan keempat di Pulau Pinang dengan Che' Aisyah, tidak memperoleh anak. Perkahwinan kelima dengan Hajah Aisyah berasal dari Kampung Tok Keling, Alor Setar, tidak memperoleh anak. Perkahwinan keenam dengan Hajah Latifah, berasal dari Tandop, Alor Setar. Sewaktu Muhammad Said meninggal dunia, yang masih bersamanya hanyalah isteri yang keenam ini. Ada pun isteri-isteri yang lain ada yang meninggal dunia mendahului beliau dan ada juga yang bercerai ketika beliau masih hidup.

Detail Info


[ Read More ]

Posted by Zamri@ 7/19/2004 12:30:00 PM

[ (0) comments ]




Telefon untuk umat Islam

PERNAHKAH anda terpaksa melihat arah matahari dan membuat pengiraan mudah arah Mekah untuk mengetahui arah kiblat di tempat yang baru anda kunjungi bagi menunaikan ibadat solat. Bagi umat Islam yang sering mengembara, melancong atau mempunyai tugasan luar, kesukaran menunaikan ibadah kadangkala disebabkan perkara kecil seperti tidak mengetahui arah kiblat yang betul dan tidak mengetahui waktu sembahyang di tempat baru. Untuk mengatasi masalah mencari arah kiblat, kompas yang menunjukkan arah Kaabah merupakan alat yang mesti dibawa apabila mengunjungi tempat-tempat baru. Bagaimanapun, memiliki kompas kiblat tersebut masih belum mencukupi kerana anda masih tidak mengetahui masa masuk waktu sembahyang yang tepat. Dengan bantuan teknologi terkini yang kini diterapkan kepada telefon bimbit, umat Islam kini tidak lagi perlu berasa waswas mengenai arah kiblat atau mengetahui waktu sembahyang. Syarikat perkhidmatan telefon bimbit negara seperti Maxis Communications Berhad (Maxis), Celcom (Malaysia) Berhad (Celcom) dan DiGi Telecommunications Sdn. Bhd. (DiGi) misalnya telah memperkenalkan perkhidmatan maklumat berkaitan Islam kepada pelanggan mereka. Perkhidmatan maklumat Islam misalnya dikenali sebagai Perkhidmatan Islam dan pengguna boleh mendapatkan maklumat mengenai panduan solat, puasa, zakat, haji dan pelbagai lagi. Manakala, bagi Celcom pula, pelanggannya boleh mendapatkan maklumat waktu solat tempatan dan antarabangsa melalui Perkhidmatan Info Muslim. 
 
More



[ Read More ]

Posted by Zamri@ 7/19/2004 12:27:00 PM

[ (0) comments ]




King Arthur (2004)


 
Although the legend of King Arthur has not been historically established as fact, this film will attempt to place King Arthur within his possible historic context, smack between the fall of the Roman Empire (just a few hundred years after Gladiator) and the long road through the Dark Ages (roughly set in the 5th or 6th centuries). The magic and fantasy of the legend will be absent (Merlin may still be around; just not performing the magic seen in Excalibur).
 
Ha .. ape citer ni .. aku pun taktau.. sebab belum tengok lg... sape yg dah tengok boleh la komen... bagi la rate brp dari 5.........hehehe


[ Read More ]

Posted by Zamri@ 7/19/2004 12:13:00 PM

[ (0) comments ]




Friday, July 16, 2004

Jalan mengenal kekurangan diri

Ketahuilah sekiranya Allah Azza wa Jalla berkehendak kebajikan dan hikmah bagi hambaNya,  nescaya diperlihatkanNya kekurangan- kekurangan, kecelaan diri hamba itu.  Siapa yg penglihatan hatinya tembus, nescaya tidak tersembunyi kepadanya akan kekurangan dan kecelaan dirinya itu. 
Maka apabila dia sudah mengetahui akan kekurangan dan kecelaan dirinya itu,  nescaya akan memungkinkan dirinya mengubati dan membersihkannya.Malangnya kebanyakan hamba tidak mengetahui akan kekurangan dirinya,  malah mereka lebih mudah lagi melihat habuk pada mata saudaranya daripada melihat kecacatan matanya pada dirinya sendiri.
Barangsiapa ingin megetahui kekurangan dirinya, maka baginya tertentu empat jalan:

1. Berguru dengan yang Mursyid

2. Mencari teman yang benar

3. Mendengar celaan daripada musuhnya

4. Bercampur dan melihat gelagat kecelaan pada manusia lalu diperhatikan kembali pada   dirinya akan kecelaan dan kekurangan yang ada pada diri nya.
(Petikan dari Kitab Ihya Ulumuddin)


[ Read More ]

Posted by Zamri@ 7/16/2004 06:27:00 PM

[ (0) comments ]




APA WARNA AKU?

Setahu aku..........aku minat warna hijau.. belasah je la.... jawab soalan kekadang bukan betul pun....hehehehe.............
 

YELLOW

You are very perceptive and smart. You are clear and to the point and have a great sense of humor. You are always learning and searching for understanding.

Find out your color at Quiz Me!


[ Read More ]

Posted by Zamri@ 7/16/2004 04:13:00 PM

[ (0) comments ]




LAWAK - Isteri, suami dan TNB......

Sepasang pengantin yang baru berkahwin 4 bulan. pada suatu malam si isteri memeluk leher suami dengan nada manja seraya berkata, " ayang, period i dah lewat sebulan, tapi i tak boleh nak pastikan lagi sebabkita kena gi check kat doktor."si suami yang teramat gembira tu pun berpakat dengan isterinya untuktidak emberitahu sesiapa pun tentang perkhabaran gumbira ini sehinggaianya benar2 pasti.
Pada suatu hari, pasangan ini di datangi oleh pegawai dari TNB keranaterdapat tunggakkan dalam pembayaran bill elektrik rumah mereka. PegawaiTNB tu pun berkata " ini rumah En. Mahpus ker?" "iya, saya ni isterinya.ada apa encik"Pegawai TNB tu pun berkata, " Puan, ni dah sebulan lewat, saya dah takboleh tunggu ni, nanti boss saya marah."Dengan nada terkejut, si isteri itu pun membalas balik cakap pegawai TNBtu." APA??? Macam mana pulak encik tahu yg saya ni sebulan lewat???"Pegawai TNB tu pun dengan selamba menjawab " ala puan, ni kan zaman IT,semua tu ada dalam komputer dan kita boleh check Online"Kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si isteri tu lagi terkejut."APAAA????Saya lewat sebulan pun awak semua boleh tahuuu??? "Pegawai TNB tu pun mententeramkan keadaan" Relek puan, puan ni barulewat sebulan, ada yg lagi teruk, lewat 5-6 bulan"Si isteri yg terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai tu pun berkata,nanti saya bincang dengan suami saya..lalau pegawai TNB tu pun beredardari situ..
Keesokkan harinya, selepas si Mahphus ini di beritahu oleh isterinya,dia pun naik berang dan terus ambik cuti dan pergi ke kedai TNB ygberdekatan..Dengan tanpa menghiraukan pegawai-pegawai TNB yg ramai di situ, dia pun memekik seraya berkata "Apa korang ni, isteri saya sebulan lewat pun nak heboh2 ke dalam internet. awak ni semua yg berkeluarga tak pernah lewatsebulan kerrrr????!! bisness apa korang buat niii?? nak kena saman kerr???Lalu pegawai yg datang kerumah si Mahphus ni berdiri dan mententeramkan keadaan. "sabar encik, sabar encik. apa susah, kalau cik nak settlekan perkara ni, bayar je..." kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si mahphus naik berang."APAAA?? nak bayar korang? belahhhh lahh...."Lalu pegawai TNB tu pun cakap " kalau macam tu, Kita terpaksa potong encik punya..........."Si Mahpus mencelah " apa??? potong??? abih tu aku nak pakai apaaaaaa???Pegawai TNB tu pun cakap " nampak gayanye..ENCIK KENA PAKAI LILIN AJERRRLAAAAAAAA"
???????????????????.....................


[ Read More ]

Posted by Zamri@ 7/16/2004 12:23:00 PM

[ (0) comments ]




Thursday, July 15, 2004

Antara 9 Mimpi Nabi Muhammad SAW

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw
bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada
malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul
maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka
malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN
KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat
menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh
syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan
dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat
daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan
rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG
KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia
mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah
pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia
merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang
sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan
diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA
sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita
di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka
datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu
mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang - benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi
mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT
SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu
menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka
dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka
segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu
menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN
WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"


[ Read More ]

Posted by Zamri@ 7/15/2004 02:43:00 PM

[ (0) comments ]




Wudhuk zahir dan batin

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namuun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk. Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama
Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"
Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin." Isam bertanya, "Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu? " Hatim berkata, "Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air". Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan tujuhperkara :-

* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki."

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan aku sedang berhadapan dengan Allah.

> > Syurga di sebelah kananku,
> > Neraka do sebelah kiriku,
> > Malaikat Maut berada di belakangku, dan
> > aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian
'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat
terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."

"Setiap bacaan dan doa didalam siolat, aku fahma maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan
ibadahnya yang kurang baik bila dibanding-kan dengan Hatim. Untuk
munafaat kita bersama.


[ Read More ]

Posted by Zamri@ 7/15/2004 02:38:00 PM

[ (0) comments ]




Rangkaian 3G - Berbaloikah pelaburan telefon masa depan?

TEKNOLOGI rangkaian telekomunikasi bergerak Generasi Ketiga (3G) masih menjadi perbualan hangat di kalangan industri malahan para pengguna, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia.

Sebenarnya rangkaian 3G telah heboh diperkatakan sejak akhir 1990-an lagi. Bagaimanapun, percubaan pertama rangkaian itu dikatakan dibuat di Jepun pada tahun 2001 yang kemudiannya berkembang luas di Eropah dan Asia Pasifik.

3G merupakan suatu protokol yang menyokong pemindahan data yang lebih tinggi mengatasi megabit sesaat dan mampu membuat transmisi bukan sekadar suara tetapi juga aplikasi multimedia termasuk tayangan video, persidangan video dan juga capaian Internet sepenuhnya.

Teknologi itu juga dikatakan sebagai sistem komunikasi WWAN (Rangkaian Kawasan Luas Wayarles) yang mampu membentuk rangkaian berkelajuan tinggi iaitu antara 144 Kbps (kilobit sesaat) hingga lebih daripada 2 Mbps (megabit sesaat) - sesuai untuk kandungan multimedia.

Bagaimanapun, apakah nasib dan masa depan teknologi 3G yang menjadi sebutan ramai ini?

Bekas Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Amar Leo Moggie pada Ogos 2002, pernah membayangkan bahawa 3G boleh mengalami nasib serupa seperti mana yang berlaku kepada perkhidmatan WAP (protokol aplikasi wayarles) dan GPRS (peringkat awal) yang seperti `hidup segan, mati tak mahu'.

Dalam satu majlis, beliau memberi amaran bahawa pelaksanaan sistem 3G dalam negara akan gagal jika ia tidak dilaksanakan dengan baik seperti tidak mempunyai sokongan aplikasi, perkhidmatan serta produk baru.

More


[ Read More ]

Posted by Zamri@ 7/15/2004 10:36:00 AM

[ (0) comments ]




Komputer buku VAIO terbaru dari Sony



SONY (Malaysia) Sdn. Bhd. baru-baru ini melancarkan komputer bimbit VAIO model VGN-A17GP, model generasi baru yang mempunyai ciri-ciri lebih berkuasa, pelbagai fungsi berbanding model VAIO GR yang diperkenalkan sebelum ini.

Selaras dengan nama model baru VGN atau VAIO New Generations, model tersebut dijangka mendapat perhatian di pasaran dengan ciri-ciri tambahan yang menarik tetapi kekal dengan konsep gabungan teknologi audio video (AV) dan teknologi maklumat (IT).

Dengan gabungan teknologi IT dan teknologi AV Sony, jenama baru VAIO itu akan memberi kelebihan kepada pengguna, mencipta dan berkongsi kandungan hiburan peribadi yang melambangkan gaya hidup yang mewah.

Pengarah Urusan Sony Malaysia, Takehiro Hatakeyama berkata, model VGN-A17GP menggabungkan teknologi bergerak Intel Centrino terdiri daripada pemprosesan Intel Pentium M 1.6GHz, set cip Intel 855PM dan Intel PRO/Wireless Network Connection.

More


[ Read More ]

Posted by Zamri@ 7/15/2004 10:32:00 AM

[ (0) comments ]




Sikap negatif majikan Melayu punca siswazah menganggur

PADA masa ini, kita boleh lihat betapa padatnya pasaran pekerjaan untuk para siswazah. Malah, kadar pengangguran di kalangan bumiputera juga semakin meningkat. Bagaimanapun, saya tidak setuju dengan pendapat Elias Samad dalam ruangan Pendapat bertajuk Kunci masa depan pada perniagaan di Utusan Malaysia 14 Julai, seolah-olah menyalahkan individu siswazah 100 peratus kerana faktor kegagalan mereka mendapatkan pekerjaan dalam sektor swasta.


Beliau yang terlalu menekankan bahawa pekerjaan di sektor swasta banyak dikuasai oleh bukan bumiputera atas kebolehan dan kerajinan mereka. Tetapi pada pendapat saya, keadaan ini berlaku kerana kebanyakan siswazah bukan bumiputera mudah bekerja di sektor swasta adalah disebabkan pemikiran majikan swasta bukan bumiputera tidak negatif seperti majikan Melayu yang kebanyakannya selalu mengatakan `Siswazah bumiputera tidak berdaya saing'.


Ini kerana, setelah diri saya sendiri menceburi bidang swasta, saya dapati kebanyakan majikan bukan bumiputera sebenarnya mempunyai sifat terbuka daripada majikan bumiputera. Ini kerana, mereka berpendapat, graduan boleh diubah menjadi lebih profesional jika dilatih dengan betul dan diberikan peluang untuk memperlihatkan kemampuan mereka melalui tempoh percubaan tiga hingga enam bulan.

Tambah lagi, mereka lebih mengetahui bahawa graduan-graduan ini mempunyai nilai aset yang lebih mahal berbanding mereka yang berpendidikan setakat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).


Jadi persoalan di sini, mengapa dan apakah nilai aset tersebut? Nilai aset yang paling berharga pada graduan adalah kecekapan mengendalikan kerja yang diberikan terutama dari sudut perancangan, pemikiran dan cara bekerja.

Ini kerana, para graduan telah didedahkan dengan kehidupan kampus untuk belajar mengendalikan diri dan pemikiran sendiri dengan sebaik-baiknya.

Jika mereka gagal menguasai diri dengan baik, kesan ini juga boleh membawa kepada keputusan yang kurang baik setelah mereka keluar daripada institusi pengajian tinggi awam (IPTA).


Mengenai penglibatan siswazah dalam bidang perniagaan, saya berharap agar Elias memahami konsep perniagaan itu sendiri terutama soal asas dalam permulaan perniagaan. Ini kerana, perkara yang utama dalam memulakan perniagaan adalah modal.

Jika graduan asyik mengharapkan bantuan daripada kerajaan, setakat mana kerajaan boleh bantu? Paling tidak, siswazah itu sendiri perlu mempunyai modal di dalam tangan terlebih dahulu. Jika setakat hendak membuka gerai goreng pisang memang boleh, modalnya kecil sahaja. Tetapi perniagaan seperti ini adalah untuk jangka masa pendek tetapi sampai bila bumiputera asyik hendak mula dari takuk lama ini? Oleh itu, perancangan misi dan visi dalam setiap individu itu adalah penting bukan perkara membuka perniagaan yang menjadi pokoknya.

Bagi saya, membuka perniagaan boleh dilakukan pada bila-bila masa tetapi bagaimana pula persediaan dan perancangannya untuk jangka panjang? Malah, saya lihat, siswazah pada masa kini juga pandai hidup berdikari di mana tahap pemikiran untuk mengharapkan bekerja di sektor kerajaan telah berkurangan.

Mengapa keadaan ini berlaku? Ini kerana, kebanyakan mereka yang telah bekerja di sektor kerajaan juga tidak mahu meninggalkan pekerjaan mereka walaupun sepatutnya mereka perlu digantikan oleh generasi muda apabila sudah sampai masanya mereka berbuat demikian.


Kesimpulannya, saya berharap supaya semua pihak perlu melihat dari semua sudut mengenai masalah siswazah menganggur di kalangan bumiputera yang bukan disebabkan sengaja suka-suka untuk menjadi penganggur tetapi ada sebab tersendiri yang kadangkala penyebab itu hadir dari pemikiran negatif majikan bumiputera yang tidak bersifat terbuka dengan keupayaan dan kelayakan para siswazah.

Aku setuju.... macam mana bumi nak maju kalau majikan bumi sendiri pun menganaktirikan anak bumi macammana... hehehehhehe.....


[ Read More ]

Posted by Zamri@ 7/15/2004 10:28:00 AM

[ (0) comments ]




Bicara Agama - Doa dan zikir

Pesan Rasul Kepada Ali

RASULULLAH S.A.W. berpesan kepada Ali bin Abu Talib karramallahu wajhah:
- Wahai Ali, hendaklah kamu berdoa antara azan dan iqamat. Sesungguhnya ia tidak ditolak.

- Wahai Ali, jangan kamu menguatkan bacaanmu dan juga doamu semasa manusia bersembahyang. Sesungguhnya yang demikian itu merosakkan atau mengganggu sembahyang mereka.

- Wahai Ali, sesiapa yang mengingati Allah sebelum fajar, sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya, nescaya Allah malu untuk mengazabnya dengan api neraka.


[ Read More ]

Posted by Zamri@ 7/15/2004 10:27:00 AM

[ (0) comments ]




MPPJ nyaris malukan Norwich

KELAB Liga Perdana England, Norwich City dipaksa mengerah seluruh tenaga sebelum mencatat kemenangan tipis 3-2 ke atas MPPJ Selangor dalam perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras semalam.

Malah, MPPJ yang kelihatan lebih mengancam pada babak awal namun terpaksa berpuas hati dengan kedudukan 1-1 sebelum rehat.

Bruno Martelotto hanya memerlukan 58 saat untuk mengejutkan Norwich dengan jaringan pertama perlawanan manakala Sasa Brenezac merapatkan jurang gol pada minit ke-72.

Norwich bagaimanapun menyelamatkan maruah mereka selaku juara Divisyen Satu England menerusi jaringan Leon McKenzie (minit 41), Jim Brennan (minit 66) dan Ryan Jarvis (minit 67).

Perlawanan semalam merupakan yang pertama dalam siri jelajah Norwich ke Malaysia.

Norwich akan menamatkan jelajah ke Malaysia dengan bertemu skuad kebangsaan Sabtu ini di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

More


[ Read More ]

Posted by Zamri@ 7/15/2004 10:25:00 AM

[ (0) comments ]




DiGi naik taraf perkhidmatan

KUALA LUMPUR 14 Julai - DiGi Telecommunications Sdn. Bhd. (DiGi) mengumumkan program pengembangan liputan dan menaik taraf kualiti rangkaian di Port Dickson, Negeri Sembilan.

DiGi dalam satu kenyataan hari ini berkata, program berkenaan akan meliputi tambahan kawasan bangunan, resort, kediaman dan kawasan komersial.

``Pelanggan prabayar dan pasca bayar kami kini boleh menerima panggilan telefon dan menggunakan perkhidmatan berkaitan data DiGi dalam kawasan ini dengan rangkaian GSM/GPRS,'' kata Ketua Pegawai Teknikal DiGi Jon Eddy.

Menurut beliau, program menaik taraf di Port Dickson itu merupakan sebahagian daripada rancangan pengembangan liputan di seluruh negara.

``Program ini termasuk peluasan ke kawasan pasaran utama, pusat bandar dan luar bandar, lebuh raya dan dalam bangunan,'' katanya.

Eddy berkata ia juga menaik taraf perangkaiannya kepada EDGE (Enhanced Data Rates for Global Evolution), yang kini diperoleh secara komersial di Lembah Klang dan akan berkembang di pusat pasaran utama seluruh negara.

Sebagai sebahagian daripada program pengembangan liputan di Port Dickson, DiGi menganjurkan promosi khas bagi perkhidmatan prabayarnya yang membolehkan pelanggannya yang membeli sama ada DiGi Prepaid Plus atau Beyond Prepaid, dengan memberi beg khas premium DiGi kepada 1,000 pelanggan pertamanya.

DiGi berkata, promosi berkenaan akan bermula 15 Julai ini dan berakhir 15 September depan


[ Read More ]

Posted by Zamri@ 7/15/2004 10:24:00 AM

[ (0) comments ]




Tuesday, July 13, 2004

FUTSAL Fever

Minggu ni dan minggu lepas aku main FUTSAl giler punyer. Malam tadi jek dekat 2 jam aku main dari kul 10 sampai ke 12. Fuh... bagai nak gilo main.. tp keseronokannya.. tidak terhingga hingga berpeluh mengalahkan mandi... Minggu lepas hari khamis laks ader game lawan team chinese (student kot) menang tak tau berapa... tp aku dapat score 2-3 bijik. Semalam nyer game dapat score sebijik jek.. sbb aku tak larat.. kaki asyik kena pacak jer.. last2 injured... Tapi takpe aku nyer dah recover .. aku ni jenis cepat recover sket.. ala macam Wolverine...hehehehhe... Biasaknyer aku main 2 kali seminggu, tgk masa geng2 aku la.. mungkin sbb Euro hari tu tak dapt main.. dah abih Euro ni betul diorang belasah main sampai gilo... okla. sesapa diluar sana nak join kitorang atau nak friendly ker bole la cakap aku.. kita boleh aturkan... ala bukan aper nak ramai kan kawan.. biasa aku main kat PJ. (aku tak ingat nama tempat sbb biasa aku pegi ngan member aku... tumpang...hehehhehe) mungkin World soccer futsal kot....ok......ape2 hal contact aku.


[ Read More ]

Posted by Zamri@ 7/13/2004 12:37:00 PM

[ (1) comments ]




Sony Ericsson T630 bergaya dan terkini

SEBELUM ini tidak ramai yang terlalu mempedulikan telefon-telefon terbaru Sony Ericsson kerana ia dibayangi oleh saingannya yang sentiasa di hadapan dalam mengeluarkan model telefon terbaru dengan ciri-ciri canggih dan menarik untuk dipandang.

Bagaimanapun, sejak pengenalan telefon model T610, pandangan peminat telefon dan gajet terkini mula teralih kepada syarikat tersebut memandangkan ia telah mampu mengeluarkan telefon yang ingin dimiliki ramai.

T610 sememangnya telefon yang telah merobah landskap pasaran telefon bimbit dan kini Sony Ericsson telah memperkenalkan versi terbaru dari telefon paling popularnya itu iaitu T630.

Seperti T610, T630 dilengkapi dengan reka bentuk dua dalam satu, iaitu telefon dan kamera dalam satu reka bentuk yang menarik walaupun telefon berkamera telah banyak di pasaran.

Pada peringkat awal ketika berpeluang menguji telefon pujaan ramai ini, penulis tidak berapa memberikan perhatian sangat kerana terpengaruh dengan kata-kata orang yang telefon Sony Ericsson tidak mesra pengguna.

Bagaimanapun, selepas seminggu menggunakan telefon yang nipis dan menarik ini, penulis mula merasakan yang pendapat umum tadi tidak semestinya tepat.



More


[ Read More ]

Posted by Zamri@ 7/13/2004 10:15:00 AM

[ (0) comments ]




Jenayah seks - Setiap lelaki berpotensi jadi perogol

Gerun, ngeri dan sungguh menyayat hati adalah perkataan yang tepat menggambarkan perasaan apabila menyaksikan gambar-gambar sebenar mangsa rogol dan bunuh daripada kamera pihak polis.

Mayat yang tertangkup, terlentang dan terpelosok ditemui dalam keadaan yang daif, berlumuran lumpur yang bercampur darah, pakaian yang koyak-rabak, dan amat menyentuh hati kerana masih ada yang lengkap berpakaian sekolah.

Tragedi sadis yang menimpa mangsa jenayah rogol itu disaksikan ketika Ketua Unit Perlindungan Kanak-Kanak Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, ASP Nor Azilah Jonit, membentangkan kertas kerja mengenai Rogol, Realiti Semasa pada majlis pelancaran Kempen Pencegahan Jenayah Seksual bertempat di Akademi Penerbangan Malaysia, di Kelana Jaya baru-baru ini.


More


[ Read More ]

Posted by Zamri@ 7/13/2004 10:12:00 AM

[ (0) comments ]




Bicara Agama - Terima buku laporan dengan tangan kanan

Kalamullah

KEMUDIAN sesiapa yang menerima surat amalannya dengan tangan kanannya. Maka ia akan dihisab dengan mudah dan ringan. Dan ia akan pergi kepada keluarganya (yang beriman) dengan sukacita.(Al-Insyiqaq : 7-9)

Huraian:
Dua malaikat sentiasa mencatat amalan yang dilakukan oleh setiap insan dalam kehidupan seharian. Ia nanti akan menjadi bahan bukti ketika perhitungan dan pengadilan pada Hari Kiamat. Segala rekod dan catatan tersebut yang berupa amalan baik dan buruk akan diserahkan kepada Allah s.w.t.

Bentuk penerimaan buku laporan amalan seseorang adalah gambaran awal bagaimana nasib atau keadaan yang bakal dilalui seterusnya.

Orang yang beriman dan beramal soleh akan menerima buku laporan amalannya melalui tangan kanan dan akan dimasukkan ke syurga bersama kaum keluarga mereka yang beriman.

Kesimpulan:
Allah s.w.t. bersifat Maha Adil menghitung segala amalan manusia yang dilakukan di dunia tidak mengira harta, pangkat dan kedudukan. Mereka yang pulang dengan ketaqwaan adalah membawa sebaik-baik amalan


[ Read More ]

Posted by Zamri@ 7/13/2004 10:09:00 AM

[ (0) comments ]




Friday, July 09, 2004

Honda sedia sertai pasaran kereta bawah 1,000 cc



KUALA LUMPUR 8 Julai - Honda Malaysia Sdn. Bhd. sedang mengkaji kemungkinan untuk memasuki segmen pasaran kereta kecil di bawah 1000 c.c, dengan memper-kenalkan Honda Life di negara ini.

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia Seiji Kuraishi, syarikat itu sedang mengkaji tahap penerimaan kereta tersebut di Malaysia.

``Memang benar khabar-khabar angin yang mengatakan kereta jenis itu akan dibawa masuk tetapi semuanya bergantung kepada keputusan pihak berkuasa,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan kereta Honda Stream baru dan merasmikan pusat (jualan, perkhidmatan dan alat ganti) Honda 3S di Jalan Klang Lama di sini hari ini.

Kuraishi berkata, untuk menembusi pasaran kereta kecil tidaklah semudah yang dijangkakan walaupun kereta jenis itu amat kukuh pasarannya di Jepun.

More


[ Read More ]

Posted by Zamri@ 7/09/2004 07:47:00 AM

[ (0) comments ]




Bicara Agama - Ucapkanlah salam

Pesan Rasulullah SAW

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Salam r.a. katanya, Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Wahai sekalian manusia, ucapkanlah salam, berikanlah makanan, dirikanlah sembahyang ketika manusia sedang tidur, nescaya kamu sekalian akan memasuki syurga dengan selamat. (Hadis riwayat Tirmizi).

Kesimpulan hadis:
1. Penjelasan tentang kelebihan memberi salam, memberi makanan dan mendirikan sembahyang pada waktu malam.

2. Ketiga-tiga tindakan ini merupakan penyebab untuk memasuki syurga dengan selamat.


[ Read More ]

Posted by Zamri@ 7/09/2004 07:45:00 AM

[ (0) comments ]




Minat kerjaya - UTM gunakan ujian psikologi online

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mewujudkan ujian psikologi secara dalam talian (online) bagi menentukan personaliti dan minat kerjaya para pelajar terutama pelajar baru.

Pengarah Pusat Kaunseling dan Kerjaya Prof. Dr. Mohd Tajudin Ninggal berkata, ujian berkenaan telah digunakan sejak Februari tahun lalu.

Menurut beliau, ujian tersebut telah banyak membantu pelajar dengan memberi kesedaran mengenai fokus dan minat mereka dalam sesuatu bidang.

``Melalui ujian ini juga pelajar dapat menilai sama ada mereka memerlukan bimbingan dari pihak kaunselor,'' katanya.

Selain membantu pelajar, ujian tersebut juga memudahkan para kaunselor UTM meneliti profail pelajar yang sebelum ini banyak dilakukan berdasar pemerhatian.

More


[ Read More ]

Posted by Zamri@ 7/09/2004 07:42:00 AM

[ (0) comments ]




Thursday, July 08, 2004

What's Your Problem?


What's Your Problem? Find out @ She's Crafty


[ Read More ]

Posted by Zamri@ 7/08/2004 02:15:00 PM

[ (0) comments ]




What Video Game Character r u?


[ Read More ]

Posted by Zamri@ 7/08/2004 12:57:00 PM

[ (0) comments ]




Which Marvel Superhero r u?


[ Read More ]

Posted by Zamri@ 7/08/2004 12:47:00 PM

[ (0) comments ]




E-syariah - Memartabatkan kehakiman syariah negara

SEBELUM ini, jika kita menyebut mahkamah syariah, mungkin ramai akan mencemek muka sambil menyatakan yang banyak kes tertangguh kerana masalah operasi atau birokrasi.

Ini kerana mahkamah-mahkamah syariah di seluruh negara beroperasi secara bersendirian dan tidak mempunyai keseragaman yang menyebabkan kes-kes di satu mahkamah sukar dirujuk oleh mahkamah lain.

Adakalanya akan berlaku tindanan dalam kes-kes yang membabitkan mahkamah tersebut terutama dalam hak penjagaan anak, penceraian dan harta pusaka jika ia difailkan oleh pihak berbeza di mahkamah negeri yang berbeza.

Bagaimanapun, masalah itu kini telah dapat diatasi dan mahkamah syariah tidak lagi dipandang sebagai institusi yang ketinggalan melalui penggunaan sistem aplikasi e-syariah.

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) merupakan agensi peneraju pembangunan aplikasi E-Syariah dengan kerjasama Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) selaku agensi pelaksana dan Sarawak Information Systems (SAINS) yang membangunkan sistem tersebut

More


[ Read More ]

Posted by Zamri@ 7/08/2004 09:45:00 AM

[ (0) comments ]




Kemaskini Windows elak serangan kod ganas

PARA PENGGUNA Microsoft Windows 2000 Server perlu mengemaskini perisian mereka memandangkan salah satu komponennya, IIS 5.0 kini sedang menjadi sasaran kod ganas (malicious code) dikenali sebagai `Download.Ject.'

Menurut Microsoft, selain itu, pengguna Windows XP, Windows Server 2003 dan Internet Explorer perlu juga mengemaskini perisian mereka dengan mengunjungi laman web http://windowsup date.microsoft.com/ untuk mengukuhkan sistem pertahanan mereka dari serangan tersebut.

``Selain daripada menukar konfigurasi untuk melindungi pengguna dari ancaman seumpama ini, Microsoft juga akan mengeluarkan beberapa siri kemaskini untuk pengguna Internet Explorer dalam masa beberapa minggu ini,'' kata jurucakap Microsoft.

Pengguna juga berpeluang mendapatkan Windows XP Service Pack 2 yang akan dikeluarkan dalam masa beberapa bulan ini bagi meningkatkan keselamatan rangkaian, pelayaran Internet dan e-mel.

Microsoft juga mencadangkan agar kesemua pelanggan mengunjungi laman web Microsoft (www. microsoft.com) dan mengikuti tiga langkah utama dalam melindungi komputer mereka.

Sebagai contoh, bagi pengguna Windows XP, mereka perlu `menghidupkan' perisian Internet Firewall yang terbina dalam perisian tersebut bagi melindungi pihak tidak berkenaan menyelinap masuk ke dalam komputer melalui rangkaian.

Pengguna juga perlu mengemaskini perisian antivirus yang digunakan bagi memastikan komputer mampu menghalang kemasukan virus atau trojan dari luar.


[ Read More ]

Posted by Zamri@ 7/08/2004 09:43:00 AM

[ (0) comments ]




UTM cipta hoverkraf berteknologi tinggi



JOHOR BAHRU 7 Julai - Universiti Teknolongi Malaysia (UTM) Skudai di sini, berjaya mencipta sejarah apabila menghasilkan sebuah hoverkraf berteknologi tinggi yang boleh bergerak di atas darat dan di permukaan air.

Dengan kejayaan itu ia meletakkan UTM sebagai pihak pertama yang menghasilkan kenderaan sedemikian di negara ini.

Pengarah Pusat Komposit (Puskom) UTM, Prof. Madya Dr. Ab. Saman Abd. Kader berkata, hoverkraf itu boleh digunakan sebagai kenderaan pengangkut barangan sama ada di darat mahu pun di permukaan air.

Selain itu katanya, ia juga boleh digunakan sebagai jentera pemadam kebakaran, kenderaan peninjau, jentera pertahanan, pencegah penyeludupan dan memunggah produk pertanian di ladang.



More


[ Read More ]

Posted by Zamri@ 7/08/2004 09:35:00 AM

[ (0) comments ]




Wednesday, July 07, 2004

Liverpool Fact (for Liverpool Fan only)

NICKNAME: Reds
FOUNDED: 1892
MANAGER: Rafael Benitez
GROUND: Anfield
LAST SEASON:
League Fourth FA Cup Fifth Round Carling Cup Fourth Round UEFA Cup Fourth Round
HONOURS:
Division One Champions (18) 1900-01, 1905-06, 1921-22, 1922-23, 1946-47, 1963-64, 1965-66, 1972-73, 1975-76, 1976-77, 1978-79, 1979-80, 1981-82, 1982-83, 1983-84, 1985-86, 1987-88, 1989-90
Division Two Champions (4) 1893-94, 1895-96, 1904-05, 1961-62
FA Cup Winners (6) 1965, 1974, 1986, 1989, 1992, 2001
League Cup Winners (7) 1981, 1982, 1983, 1984, 1995, 2001, 2003
League Super Cup Winners (1) 1986
European Cup Winners (4) 1976-77, 1977-78, 1980-81, 1983-84
UEFA Cup Winners (3) 1972-73, 1975-76, 2000-01
European Super Cup Winners (1) 1977
RECORD VICTORY: League 10-1 v Rotherham, Division Two, 18-02-1896 Cup 11-0 v Stromsgodset Drammen, European Cup Winners' Cup First Round First Leg, 17-09-1974
RECORD DEFEAT: 1-9 v Birmingham, Division Two, 11-12-1954
RECORD ATTENDANCE: 61,905 v Wolverhampton, FA Cup Fourth Round, 02-02-1952
RECORD TRANSFER PAID: £11m, Emile Heskey to Leicester City, March 2000
RECORD TRANSFER RECEIVED: £11m, Robbie Fowler from Leeds, November 2001
TOP LEAGUE GOALSCORER: Season Roger Hunt, 41, 1961-62 All-time Roger Hunt, 245, 1959-69
MOST LEAGUE APPEARANCES: Ian Callaghan, 640, 1960-78


[ Read More ]

Posted by Zamri@ 7/07/2004 04:55:00 PM

[ (0) comments ]




EURO 2004 - The best players performance

Top Rated Matches
1. Netherlands 2 - 3 Czech Republic
2. Portugal 2 - 2 England
3. Sweden 5 - 0 Bulgaria
3. France 2 - 1 England
4. Italy 1 - 1 Sweden
5. Croatia 2 - 4 England

Top Rated Goalkeepers
1. Gianluigi Buffon (Itali)
2. Antonis Nikopolidis (Greece)
3. Jaromir Blazek (Czech)
4. Edwin Van der Sar (Netherlands)
5. Alexsandrs Kolinko (Latvia)

Top Rated Defenders
1. Traianos Dellas (Greece)
2. Sol Campbell (England)
3. Fabio Cannavaro (Itali)
4. Ashley Cole (England)
5. Jaap Stam (Netherlands)

Top Rated Midfielders
1. Pavel Nedved (Czech)
2. Karel Poborsky (Czech)
3. Fredrik Ljungberg (Sweden)
4. Zinedine Zidane (France)
5. Theo Zagorakis (Greece)

Top Rated Forwards
1. Milan Baros (Czech)
2. Wayne Rooney (England)
3. Ruud van Nistelrooy (Netherlands)
4. Cristiano Ronaldo (Portugal)
5. Helder Postiga (Portugal)

Source: Soccernet


[ Read More ]

Posted by Zamri@ 7/07/2004 12:14:00 PM

[ (2) comments ]




Tuesday, July 06, 2004

Renungi diri kita hari ini

Assalamualaikum.......
Manusia macam kita
Memang pandai bercakap
Menyalahkan orang lain
Mengutuk orang lain
Perlekeh orang lain
Merendahkan orang lain
Orang macam kita
Di mana-mana pun ada
Bila jari telunjuk tunjuk pada orang lain
Empat jari lain tunjuk pada diri sendiri
Tengok pada diri sendiri dahulu

Jangan...

Asyik mengata orang, Al-Quran kamu tak baca
Asyik menyalahkan orang, Al-Quran kamu tak baca
Asyik mengutuk orang, Al-Quran kamu tak baca
Asyik perlekehkan orang, Al-Quran kamu tak baca
Asyik merendahkan orang, Al-Quran kamu tak baca
Asyik berceramah sana sini,! Al-Quran kamu tak baca
Asyik berkuliah sana sini, Al-Quran kamu tak baca
Asyik berdakwah sana sini, Al-Quran kamu tak baca
Asyik bersajak berpuisi, Al-Quran kamu tak baca
Asyik bercerpen bernovel, Al-Quran kamu tak baca
Asyik berforum di internet, Al-Quran kamu tak baca
Asyik berchit-chat di IRC, Al-Quran kamu tak baca
Asyik bergebang di telefon, Al-Quran kamu tak baca
Asyik mendongak televisyen, Al-Quran kamu tak baca
Asyik mengadap komputer, Al-Quran kamu tak baca
Asyik baca buku ilmiah, Al-Quran kamu tak baca
Asyik baca majalah tabloid, Al-Quran kamu tak baca
Asyik bersembang politik, Al-Quran kamu tak baca
Asyik mengulit isteri, Al-Quran kamu tak baca
Asyik berkepit dengan suami, Al-Quran kamu tak baca
Asyik mengasuh anak, Al-Quran kamu tak baca
Asyik ber'e-mel' dengan kawan, Al-Quran kamu tak baca
Asyik membelek handphone, Al-Quran kamu tak baca
Asyik mengadap vcd ceramah, Al-Quran kamu tak baca

1.Kenapa tak baca?

Tak sempat
Busy
Tak faham
Tak reti
Malas

2.Kenapa tak baca?
dapat surat dari pejabat tanah dalam bahasa melayu,
kamu boleh baca
dapat surat lawyer dalam bahasa inggeris,
kamu boleh baca
dapat surat daripada Allah dalam bahasa Arab
kamu tak boleh baca

apa nak jadi?
Rugi rugi rugi
Itu sajalah bekalan
Untuk diri sendiri
Di belakang hari
Dan hari ini

Al-Quran teman sejati
Di kala kaki tak mampu berdiri
Di kala tangan tak mampu mengangkat lagi
Di kala lutut lenguh setiap sendi
Di kala badan tak mampu kesana kemari
Di kala telinga tak mampu menangkap bunyi
Di kala tekak tak rasa apa lagi
Rumah kata pergi
Kubur kata mari sini
Juga buat teman di kala sendiri
Dalam kubur sunyi sepi

Menangislah sepuas hati
Mulai dari hari ini
Menyesali diri
Yang jahil dan dhaif sekali
Ambillah insiatif sendiri
Untuk baiki diri
Jangan hanya duduk sesali diri
Melihat Al-Quran menyusup pergi
hanya tulisan sahaja yang tinggal lagi
istilah juga tidak berguna lagi
kerana ertinya tidak difahami
Bacalah Al-Quran hari ini!

Nasihat bukan untuk korang semua tapi untuk aku jugak... sebab aku ni bukan nyer perfect sangat... manusia biasa......


[ Read More ]

Posted by Zamri@ 7/06/2004 02:04:00 PM

[ (0) comments ]




Monday, July 05, 2004

Happy bday 2 u - Haiza.....






... ha ...dah masuk 25 thn dah..... semoga panjang umur murah rezeki dan cepat jodoh ko......hehehheee
sapa2 yg lawat blog pegi la ke blog Haiza ni wish Happy bday...... hehehe


Birthday girl...hehehe


[ Read More ]

Posted by Zamri@ 7/05/2004 05:07:00 PM

[ (0) comments ]




Who am I?

Ha.. ni pun aku dapat dari web Azmie


Which Action Star Are You? Find out @ She's Crafty


[ Read More ]

Posted by Zamri@ 7/05/2004 11:22:00 AM

[ (0) comments ]




Nama Japanese

Ni aku dpt dari web Azmie
thanks for ur information about this name.... actually im also try hard to find my name in japanese name.

My Japanese name is Atsumori Amori.
Take The Kawaii Japanese Name Generator by Shuichigami today!
Created with Rum and Monkey's Name Generator Generator.


[ Read More ]

Posted by Zamri@ 7/05/2004 11:15:00 AM

[ (0) comments ]




Sultan Sulaiman Selangor - Sultan yang mengasihi ulama

ANTARA sekian ramai sultan di dunia Melayu, terdapat beberapa orang sultan yang terlibat secara langsung dalam aktiviti Islam. Ada yang mengasihi ulama, bahkan ada yang mempunyai pengetahuan yang luas tentang agama Islam. Ada juga yang menghasilkan karangan berupa risalah atau pun kitab. Sultan Sulaiman, Sultan Selangor Darul Ehsan dapat dikategorikan seorang sultan yang mengasihi ulama. Mengenainya dapat dibaca dalam riwayat Tengku Mahmud Zuhdi al-Fathani, Syaikhul Islam Selangor, dalam Ruangan Agama, Utusan Malaysia, terbitan Isnin, 22 Mac 2004, Seksyen 3, halaman 9.

Nama lengkapnya ialah Sultan Alauddin Sulaiman Syah bin Raja Muda Musa bin Sultan Abdul Samad bin Raja Abdullah bin Sultan Ibrahim Syah bin Raja Lumu (Sultan Salehuddin Syah, Sultan Selangor yang pertama) bin Upu Daeng Celak (Yamtuan Muda Riau yang kedua). Sultan Sulaiman lahir pada 19 Rabiul Akhir 1282 Hijrah/11 September 1865 Masihi dan mangkat pada 30 Muharam 1357 Hijrah/31 Mac 1938 Masihi. Baginda Sultan Sulaiman merupakan Sultan Selangor ke-5, yang bertahta pada tahun 1898 Masihi - 1938 Masihi, memerintah dalam masa lebih kurang 40 tahun.

Keturunan


Memperhatikan jalur keturunan di atas dapat dipastikan bahawa dari sebelah ayah baginda, Sultan Sulaiman adalah keturunan anak Raja Bugis yang berasal dari Luwuk, Sulawesi dan dari sebelah ibu baginda adalah keturunan puteri Kerajaan Riau. Datuk neneknya, Raja Lumu adalah adik beradik dengan pahlawan Melayu yang terkenal, iaitu Raja Haji asy-Syahid fi Sabilillah yang meninggal dunia dalam peperangan melawan Belanda di Teluk Ketapang, Melaka pada 18 Jun 1784 Masihi. Raja Haji secara rasminya dianugerah sebagai Pahlawan Nasional Indonesia yang disertai dengan Piagam dan Tanda Kehormatan Bintang Mahaputera Adipradana pada 11 Ogos 1997 oleh Presiden Republik Indonesia yang ditandatangani oleh Soeharto.

AKTIVITI ISLAM

Atas rasa kewajipan dan tanggungjawab menyebar dan mempertingkatkan pengetahuan Islam di Kerajaan Selangor, Sultan Sulaiman telah mendatangkan beberapa orang ulama besar dalam kerajaan yang diperintahnya. Antara ulama yang paling dekat dengannya ialah Tengku Mahmud Zuhdi bin Abdur Rahman al-Fathani.

Sultan Sulaiman sangat mesra dan kasih kepada Tengku Mahmud Zuhdi bin Abdur Rahman al-Fathani dalam Selangor sendiri hinggalah ketika beliau satu ketika pergi ke luar negara (terutama ke London), ulama yang berasal dari Patani itu ikut bersama-sama dalam rombongan beliau. Peristiwa ini mencerminkan bahawa Sultan Sulaiman berusaha sedemikian rupa menggabungkan kerjasama, kesepaduan dan keserasian antara umara dan ulama sebagaimana yang disuruh oleh Rasulullah s.a.w. -

Dalam penyebaran Islam di negeri lain selain Selangor, Sultan Sulaiman juga mempunyai rasa tanggungjawab. Sebagai buktinya, walaupun baginda kasih terhadap Tengku Muhammad bin Tengku Mahmud Zuhdi al-Fathani, namun kerana masyarakat Jambi sangat memerlukan ulama, baginda merestui keberangkatan Tengku Muhammad dari Klang ke Jambi.

Sebagai bukti bahawa Sultan Sulaiman mementingkan pembangunan keIslaman, beliau juga membina sebuah masjid yang diberi nama dengan nama baginda iaitu Masjid Alauddin di Kuala Langat, Selangor. Di masjid tersebutlah Sultan Alauddin Sulaiman Syah selalu membaca khutbah Jumaat, khutbah kedua-dua hari raya; Aidilfitri dan Aidiladha. Dalam gambar kelihatan bahawa baginda sedang menyampaikan khutbah. Ini sebagai bukti bahawa baginda adalah seorang sultan yang mampu dan aktif dalam kegiatan-kegiatan Islam.

PENULISAN
1. Kitab Pohon Ugama Bahagian Rukun Iman, diselesaikan 1337 H/1919 M. Cetakan ketiga, Mathba'ah New Klang Press, Klang, 15 Jamadilakhir 1349 H/1930 M. Kandungan, setelah ``Pendahuluan'' oleh baginda sendiri, Rahman al-Fathani. Antara pandangan Tengku Mahmud Zuhdi al-Fathani, ``Terlihatlah hamba yang daif atas kitab ini, Pohon Ugama, karangan bagi Yang Maha Mulia Sultan Selangor Maulana al-Mu'azzam Sir Alauddin Sulaiman Syah ... Maka patut dijadikan pelajaran kanak-kanak yang mubtadi pada tiap-tiap sekolah ugama supaya berkekalan manfaatnya istimewa pula ...'' Kandungan yang menjadi topik perbahasan keseluruhan ialah mengenai akidah. Pada halaman 25 terdapat gambar baginda sedang duduk di atas mimbar Masjid Alauddin dalam rangka membaca khutbah.

Ilmu Tauhid

2. Kitab Melatih Kanak-Kanak Laki-Laki Perempuan, Agama Islam 1, diselesaikan di Istana Mahkota Puri, Klang 3 Zulhijjah 1348 H. Dicetak oleh The Boon Hua Press, Klang, 1349 H/1930 M. Kandungan, antara kalimat baginda yang bersajak pada pendahuluan, ``... pada bicarakan ilmu tauhid pangkal agama Islam. Yang sangat hampir fahamnya dan mengertinya bagi segala awam. Dicadangkan dia bagi mereka yang berkehendak kemenangan lama. Daripada kanak-kanak yang baharu belajar di dalam sekolah agama ...'' Pada halaman 27 terdapat satu judul yang agak menarik, ialah ``Nasihat Guru Pada Murid''. Mengenai ini baginda menulis dalam bentuk puisi yang terdiri daripada 22 bait empat-empat rangkap. Sebagai contoh, beberapa bait antaranya ialah:

``Tuntutlah ilmu akhirat dunia,hidup matimu dapat bahagia.Ke manamu pergi jadi mulia,
tidaklah hidup sia-sia.Pergi sekolah janganlah segan,ilmu agama jangan dilupakan
Sama dituntut sama amalkan,dua-duanya sama muliakan.Agama Islam amat sebenar,
peraturannya cukup benar.Tetaplah padanya jangan nanar,beroleh kebajikan yang bersinar ... ``

*Puisi yang mengandungi pemantapan pengenalan terhadap Nabi Muhammad s.a.w. di atas baginda tutup dengan beberapa bait, katanya,

``Sekadar ini rencananya disurat,supaya ingat jangan melarat.

Menghafaz membaca janganlah berat,iman di dada akar berurat.Cinta ibu harus diingat,
bapa berharap beserta sangat.Anak yang soleh jadi semangat,setiap waktu setiap saat.
Harap ibu orang yang cinta,bapa dan kaum pula serta.Anak berilmu alim pendeta,

biarlah habis wang harta ``.

Karya di atas juga telah disemak oleh Tengku Mahmud Zuhdi al- Fathani. Selain memuji kandungan karya, Tengku Mahmud Zuhdi al-Fathani juga memuji baginda sultan, katanya, ``... padahal ia daripada karangan orang yang mempunyai akal yang sempurna. Dan tinggi hemah pada meneguhkan tiap-tiap pekerjaan yang berguna. Iaitu mereka yang menghamparkan atas rakyatnya naung kurnia. Dan aman hadhrat yang mentadbirkan dan memerintahkan negeri Selangor Darul Ehsan Yang Maha Mulia Maulana as-Sultan Sir Alauddin Sulaiman Syah ibni al-Marhum Maulana al-Mu'azzam Raja Musa ...''

KETURUNAN

Sultan Sulaiman berkahwin beberapa kali dan mempunyai keturunan yang ramai. Yang dipaparkan dalam artikel ini sekadarnya sahaja, kerana ketiadaan cukup ruangan. Perkahwinan pertamanya dengan Tengku Ampuan Maharum binti Tunku Dhiyauddin/Tengku Kudin Kedah, memperoleh seorang putera dan empat puteri. Putera baginda ialah Sultan Ghiatuddin Riayat Syah, Sultan Selangor yang ke-7 (1942 M- 1945 M).

Baginda berkahwin pula dengan Cik Hasnah/Cik Aminah binti Pelong Makam Bandar, memperoleh dua putera dan dua puteri. Putera yang menjadi sultan ialah Sultan Hisamuddin Alam Syah, Sultan Selangor yang ke-6 (1938 M- 1942 M dan 1945 M - 1960 M). Baginda sempat menjadi Yang Dipertuan Agong Malaysia ke-2 tetapi tidak sempat mengakhiri jabatannya kerana baginda mangkat (1960 M).

Selanjutnya Sultan Sulaiman berkahwin dengan Tengku Ampuan Zabedah binti Sultan Abdul Jalil Syah, Perak, memperoleh dua putera dan empat puteri. Baginda berkahwin lagi dengan Tengku Ampuan Fatimah binti Sultan Idris, Perak, memperoleh empat putera dan dua puteri. Perkahwinan seterusnya dengan Raja Bulat binti Raja Ahmad, memperoleh empat putera. Berkahwin dengan Raja Cik Rogayah binti Mohd. Amin, memperoleh dua putera. Berkahwin dengan Che Bidayah binti Ahmad, memperoleh empat putera dan dua puteri.

Sultan Sulaiman berkahwin dengan Che Maimun binti Abdullah, memperoleh lima putera dan seorang puteri. Puteri baginda bernama Tengku Raihani (lahir 1911 M) berkahwin dengan Sultan Sir Ahmad Tajuddin ibni Sultan Jamalul Alam, Sultan Brunei, memperoleh putera Pangiran Anak Puteri Nor Ehsan. Nor Ehsan berkahwin dengan Tengku Pangiran bin Tengku Abdul Aziz Syah memperoleh tiga putera di Brunei, ialah Tengku Putera Pawzy, Tengku Putera Amir Farouk dan Tengku Putera Muhd. Harris Fadzillah. Salah seorang putera daripada isteri ini bernama Tengku Mahmud (lahir 1925 M) berkahwin (yang pertama) dengan Raja Habsyah binti Raja Muhammad Bai, Riau. Raja Habsyah masih mempunyai hubungan keluarga dengan penulis, beliau belajar al-Quran dan ilmu-ilmu fardu ain kepada Hajah Wan Zainab binti Syeikh Ahmad al-Fathani, ibu penulis. Oleh itu selain ada hubungan kekeluargaan, pada tahun 1970 dan tahun 1976, dalam rangka penelitian sejarah penulis pernah tinggal di rumah Tengku Mahmud di Jalan Mawar, Klang. Daripada mereka sangat banyak diperoleh maklumat dalam penulisan artikel ini.

Penulisan

Terakhir sekali dua orang lagi isteri Sultan Sulaiman, ialah Che Chik binti Abdullah, memperoleh tiga putera dan empat puteri. Isteri terakhirnya ialah Che Johari binti Abdullah, memperoleh dua putera.

Memperhatikan penulisan baginda dan perkataan Tengku Mahmud Zuhdi al-Fathani, penulis berkesimpulan bahawa baginda Sultan Sulaiman sangat memperhatikan soal pendidikan sejak kanak-kanak lagi. Dan yang paling diutamakan penerapannya ialah perkara akidah dan akhlak.


[ Read More ]

Posted by Zamri@ 7/05/2004 10:43:00 AM

[ (0) comments ]




Advertise Here

Buy to Let Mortgages

Adsense Traffic Secrets

Secrets how to bring more traffic to your adsense blog/web by Joel Comm

Minisitesecretsrevealed

Get your hands on Dan Kelly's "Mini-Site Secrets Revealed" absolutely free!!

Join SlashMySearch

Earn money when you search!

WordPageBuilder

Discover a simple step-by-step software tool changing the way site owners distribute content while converting old dusty eBooks and Special Reports into Money Magents...in just 6 simple steps!

MINISITE - D.I.Y

Make Your Own Mini Sites in Just 30 Minutes ~ Without Being a Web-Techie, Buying Expensive Software or Paying Huge Web Design Fees

Sponsors

Your Ad Here

Your Ad Here