Thursday, July 15, 2004
Rangkaian 3G - Berbaloikah pelaburan telefon masa depan?
TEKNOLOGI rangkaian telekomunikasi bergerak Generasi Ketiga (3G) masih menjadi perbualan hangat di kalangan industri malahan para pengguna, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia.
Sebenarnya rangkaian 3G telah heboh diperkatakan sejak akhir 1990-an lagi. Bagaimanapun, percubaan pertama rangkaian itu dikatakan dibuat di Jepun pada tahun 2001 yang kemudiannya berkembang luas di Eropah dan Asia Pasifik.
3G merupakan suatu protokol yang menyokong pemindahan data yang lebih tinggi mengatasi megabit sesaat dan mampu membuat transmisi bukan sekadar suara tetapi juga aplikasi multimedia termasuk tayangan video, persidangan video dan juga capaian Internet sepenuhnya.
Teknologi itu juga dikatakan sebagai sistem komunikasi WWAN (Rangkaian Kawasan Luas Wayarles) yang mampu membentuk rangkaian berkelajuan tinggi iaitu antara 144 Kbps (kilobit sesaat) hingga lebih daripada 2 Mbps (megabit sesaat) - sesuai untuk kandungan multimedia.
Bagaimanapun, apakah nasib dan masa depan teknologi 3G yang menjadi sebutan ramai ini?
Bekas Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Amar Leo Moggie pada Ogos 2002, pernah membayangkan bahawa 3G boleh mengalami nasib serupa seperti mana yang berlaku kepada perkhidmatan WAP (protokol aplikasi wayarles) dan GPRS (peringkat awal) yang seperti `hidup segan, mati tak mahu'.
Dalam satu majlis, beliau memberi amaran bahawa pelaksanaan sistem 3G dalam negara akan gagal jika ia tidak dilaksanakan dengan baik seperti tidak mempunyai sokongan aplikasi, perkhidmatan serta produk baru.
More
Read or Post a Comment
<< Home