Monday, July 19, 2004
Polis wanita dibenar pakai tudung ketika bertugas
KUALA LUMPUR 15 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah memberikan persetujuan supaya anggota polis wanita dibenarkan untuk memakai tudung ketika bertugas. Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Noh Omar berkata, perkara ini adalah di bawah kuasa Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan sehubungan itu surat kelulusan telah dihantar kepada Bukit Aman. Katanya, oleh itu terpulanglah kepada mereka bila hendak menguatkuasakannya serta mengedarkan surat pekeliling bagi memaklumkan perkara tersebut. ``Kementerian membenarkan anggota polis wanita memakai tudung kerana kita lihat kebanyakan agensi beruniform yang lain seperti Jabatan Penjara dan Jabatan Imigresen sudah membenarkan perkara ini dan ia jelas tidak mengganggu perjalanan tugas. ``Bukan itu sahaja, jika Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pun tidak ada sebarang masalah dengan anggotanya memakai tudung, maka mengapa kita tidak boleh benarkannya dalam pasukan polis, lagipun terdapat banyak permintaan dan saranan yang kita terima berhubung perkara ini,'' katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini. Menurut Noh, polis selama ini tidak membenarkan anggotanya memakai tudung melainkan bagi anggota polis wanita yang bertugas di mahkamah syariah sahaja. ``Sekarang ini kita benarkanlah dan kita sedar bahawa perkara ini memang sudah lama dibangkitkan. Selain itu perkara ini akan membabitkan peruntukan tertentu untuk membeli tudung kerana peruntukan ini juga harus disediakan,'' jelasnya.
Bagus jugak ni.... kurang2 nyer ramai org islam perempuan yg jadik polis boleh pakai tudung.. sebb selama pengamatan aku.. tak ramai yg pakai tudung.......(sbb umah aku kat berek polis .....hehehhe)
Read or Post a Comment
<< Home