Firefox NEW Firefox 2.0 released - Download Now!

Thursday, July 15, 2004

Sikap negatif majikan Melayu punca siswazah menganggur

PADA masa ini, kita boleh lihat betapa padatnya pasaran pekerjaan untuk para siswazah. Malah, kadar pengangguran di kalangan bumiputera juga semakin meningkat. Bagaimanapun, saya tidak setuju dengan pendapat Elias Samad dalam ruangan Pendapat bertajuk Kunci masa depan pada perniagaan di Utusan Malaysia 14 Julai, seolah-olah menyalahkan individu siswazah 100 peratus kerana faktor kegagalan mereka mendapatkan pekerjaan dalam sektor swasta.


Beliau yang terlalu menekankan bahawa pekerjaan di sektor swasta banyak dikuasai oleh bukan bumiputera atas kebolehan dan kerajinan mereka. Tetapi pada pendapat saya, keadaan ini berlaku kerana kebanyakan siswazah bukan bumiputera mudah bekerja di sektor swasta adalah disebabkan pemikiran majikan swasta bukan bumiputera tidak negatif seperti majikan Melayu yang kebanyakannya selalu mengatakan `Siswazah bumiputera tidak berdaya saing'.


Ini kerana, setelah diri saya sendiri menceburi bidang swasta, saya dapati kebanyakan majikan bukan bumiputera sebenarnya mempunyai sifat terbuka daripada majikan bumiputera. Ini kerana, mereka berpendapat, graduan boleh diubah menjadi lebih profesional jika dilatih dengan betul dan diberikan peluang untuk memperlihatkan kemampuan mereka melalui tempoh percubaan tiga hingga enam bulan.

Tambah lagi, mereka lebih mengetahui bahawa graduan-graduan ini mempunyai nilai aset yang lebih mahal berbanding mereka yang berpendidikan setakat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).


Jadi persoalan di sini, mengapa dan apakah nilai aset tersebut? Nilai aset yang paling berharga pada graduan adalah kecekapan mengendalikan kerja yang diberikan terutama dari sudut perancangan, pemikiran dan cara bekerja.

Ini kerana, para graduan telah didedahkan dengan kehidupan kampus untuk belajar mengendalikan diri dan pemikiran sendiri dengan sebaik-baiknya.

Jika mereka gagal menguasai diri dengan baik, kesan ini juga boleh membawa kepada keputusan yang kurang baik setelah mereka keluar daripada institusi pengajian tinggi awam (IPTA).


Mengenai penglibatan siswazah dalam bidang perniagaan, saya berharap agar Elias memahami konsep perniagaan itu sendiri terutama soal asas dalam permulaan perniagaan. Ini kerana, perkara yang utama dalam memulakan perniagaan adalah modal.

Jika graduan asyik mengharapkan bantuan daripada kerajaan, setakat mana kerajaan boleh bantu? Paling tidak, siswazah itu sendiri perlu mempunyai modal di dalam tangan terlebih dahulu. Jika setakat hendak membuka gerai goreng pisang memang boleh, modalnya kecil sahaja. Tetapi perniagaan seperti ini adalah untuk jangka masa pendek tetapi sampai bila bumiputera asyik hendak mula dari takuk lama ini? Oleh itu, perancangan misi dan visi dalam setiap individu itu adalah penting bukan perkara membuka perniagaan yang menjadi pokoknya.

Bagi saya, membuka perniagaan boleh dilakukan pada bila-bila masa tetapi bagaimana pula persediaan dan perancangannya untuk jangka panjang? Malah, saya lihat, siswazah pada masa kini juga pandai hidup berdikari di mana tahap pemikiran untuk mengharapkan bekerja di sektor kerajaan telah berkurangan.

Mengapa keadaan ini berlaku? Ini kerana, kebanyakan mereka yang telah bekerja di sektor kerajaan juga tidak mahu meninggalkan pekerjaan mereka walaupun sepatutnya mereka perlu digantikan oleh generasi muda apabila sudah sampai masanya mereka berbuat demikian.


Kesimpulannya, saya berharap supaya semua pihak perlu melihat dari semua sudut mengenai masalah siswazah menganggur di kalangan bumiputera yang bukan disebabkan sengaja suka-suka untuk menjadi penganggur tetapi ada sebab tersendiri yang kadangkala penyebab itu hadir dari pemikiran negatif majikan bumiputera yang tidak bersifat terbuka dengan keupayaan dan kelayakan para siswazah.

Aku setuju.... macam mana bumi nak maju kalau majikan bumi sendiri pun menganaktirikan anak bumi macammana... hehehehhehe.....


Posted by Zamri@ 7/15/2004 10:28:00 AM




Advertise Here

Buy to Let Mortgages

Adsense Traffic Secrets

Secrets how to bring more traffic to your adsense blog/web by Joel Comm

Minisitesecretsrevealed

Get your hands on Dan Kelly's "Mini-Site Secrets Revealed" absolutely free!!

Join SlashMySearch

Earn money when you search!

WordPageBuilder

Discover a simple step-by-step software tool changing the way site owners distribute content while converting old dusty eBooks and Special Reports into Money Magents...in just 6 simple steps!

MINISITE - D.I.Y

Make Your Own Mini Sites in Just 30 Minutes ~ Without Being a Web-Techie, Buying Expensive Software or Paying Huge Web Design Fees

Sponsors

Your Ad Here

Your Ad Here