Wednesday, July 28, 2004
Peraduan SMS haram
PUTRAJAYA 27 Julai - Majlis Fatwa Kebangsaan hari ini memutuskan bahawa peraduan kuiz melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) adalah haram kerana mengandungi unsur perjudian.
Pengerusinya, Datuk Dr. Ismail Ibrahim berkata, keputusan itu berdasarkan beberapa hujah dan latar belakang peraduan tersebut yang bersifat samar-samar, mengandungi unsur eksploitasi dan penipuan.
Selain itu, katanya, ia bergantung kepada nasib dan wang pertaruhan.
Menurut beliau, jika disebut judi, ia bergantung kepada nasib dan wang pertaruhan yang tidak menentu serta mengeksploitasi duit orang ramai sedangkan yang mendapat keuntungan adalah pihak tertentu dalam bilangan yang terhad.
Dalam konteks kuiz melalui SMS, katanya, orang ramai terpaksa mengeluarkan wang untuk menyertai sesuatu kuiz melalui penghantaran SMS dengan harapan akan menang sedangkan yang mendapat keuntungan daripada kemenangan adalah sebilangan kecil peserta sahaja.
[Alhamdulillah... akhirnye keluar gaks fatwa pasal SMS kuiz ni... mmg betul un jangkaan aku.. selain melibatkan perjudian.. berlaku juga pembaziran.. membazir tu amalan syaitan....memang patut pun diharamkan.......]
More
Read or Post a Comment
<< Home