Tuesday, July 13, 2004
Sony Ericsson T630 bergaya dan terkini
SEBELUM ini tidak ramai yang terlalu mempedulikan telefon-telefon terbaru Sony Ericsson kerana ia dibayangi oleh saingannya yang sentiasa di hadapan dalam mengeluarkan model telefon terbaru dengan ciri-ciri canggih dan menarik untuk dipandang.
Bagaimanapun, sejak pengenalan telefon model T610, pandangan peminat telefon dan gajet terkini mula teralih kepada syarikat tersebut memandangkan ia telah mampu mengeluarkan telefon yang ingin dimiliki ramai.
T610 sememangnya telefon yang telah merobah landskap pasaran telefon bimbit dan kini Sony Ericsson telah memperkenalkan versi terbaru dari telefon paling popularnya itu iaitu T630.
Seperti T610, T630 dilengkapi dengan reka bentuk dua dalam satu, iaitu telefon dan kamera dalam satu reka bentuk yang menarik walaupun telefon berkamera telah banyak di pasaran.
Pada peringkat awal ketika berpeluang menguji telefon pujaan ramai ini, penulis tidak berapa memberikan perhatian sangat kerana terpengaruh dengan kata-kata orang yang telefon Sony Ericsson tidak mesra pengguna.
Bagaimanapun, selepas seminggu menggunakan telefon yang nipis dan menarik ini, penulis mula merasakan yang pendapat umum tadi tidak semestinya tepat.
More
Read or Post a Comment
<< Home