Thursday, July 22, 2004
8,000 pondan dikesan terdiri daripada orang Melayu
KUALA LUMPUR 21 Julai - Kira-kira 8,000 pondan yang dikesan terdiri daripada orang Melayu, menurut Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Chew Mei Fun.
Mei Fun berkata, mereka merupakan 80 peratus daripada 10,000 pondan yang dilaporkan dalam kajian yang dibuat oleh seorang pensyarah dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Yik Koon Teh.
Tambah beliau, kerajaan juga akan menjalankan kajian dengan sebuah universiti tempatan mengenai kegiatan gay dan lesbian.
``Kajian tersebut bertujuan untuk mengukur persepsi masyarakat tempatan terhadap golongan homoseksual, mengenal pasti isu psikologi, sosial, kesihatan dan genetik yang dihadapi oleh wanita dan lelaki homoseksual.
``Kajian itu juga untuk mengenal pasti dan memahami masalah serta keperluan golongan homoseksual bagi membantu kerajaan merangka dasar serta program yang bersesuaian bagi membantu membendung penularan penyakit sosial di negara ini,'' katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Senator Wan Ubaidah Omar yang ingin mengetahui mengenai jumlah pondan di negara ini pada sidang Dewan Negara di sini hari ini.
More
Read or Post a Comment
<< Home