Thursday, July 22, 2004
e-Purse - Gaya hidup di universiti
PENGGUNAAN kad plastik e-Purse dijangka mengubah urusan transaksi di universiti apabila syiling dan wang kertas tidak digunakan lagi. Ia juga dijangka menjadi pengganti kad matrik, kerana di dalamnya terdapat semua maklumat mengenai diri seseorang pelajar. Ia dibayangkan apabila pelajar hanya menunjukkan kad plastik ketika bersarapan pagi, makan tengah hari atau malam di kafeteria, membeli alat tulis di kedai koperasi atau ketika membuat salinan fotostat di perpustakaan. Ia bakal menjadi gaya hidup baru di universiti sepertimana penggunaan telefon bimbit, komputer notebook atau pemakaian kad matrik. Dengan ciri-cirinya yang semakin dinaikkan taraf, maka e-Purse akan menjadi semakin penting sebagai alat memudahkan kerja dan menjimatkan masa berurusan. Hampir semua universiti awam di negara ini telah memulakan inisiatif memperkenalkan e-Purse di kalangan pelajar dan staf masing-masing. Di Universiti Utara Malaysia (UUM) e-Purse dijangka akan dilaksanakan pada September ini. ``Staf dan pelajar tidak perlu membawa wang tunai yang banyak untuk membeli barangan dan makanan di kampus,'' kata Naib Canselor UUM, Prof. Datuk Dr. Ahmad Fawzi Mohd Basri. Menurut beliau lagi, bukan sahaja semua pelajar mengggunakan kad ini dalam sebarang urusan pentadbiran dan transaksi kewangan dalam kampus, malah kad ini akan menjadi kad alumni apabila mereka menamatkan pengajian kelak.
More
Read or Post a Comment
<< Home