Thursday, July 29, 2004
Perutusan Nabi menyampaikan kebenaran
Kalamullah
Dan bukanlah Nabi Muhammad seorang yang boleh ditohmah dan disangka buruk terhadap penyampaiannya mengenai perkara-perkara ghaib. (At-Takwir : 24)
Huraian:
Segala ajaran yang disampaikan oleh baginda s.a.w. adalah benar dari segi perkataan, perbuatan dan takrir yang menyentuh alam nyata mahupun yang menyentuh alam ghaib seperti seksaan kubur, alam roh dan Hari Akhirat.
Cerita-cerita mengenai kejadian yang akan berlaku juga diterangkan oleh baginda melalui al-Quran di dalam surah ar-Rum ayat 2 dan 3 yang bermaksud;
Orang-orang Rom telah dikalahkan. Di negeri yang dekat sekali dan mereka sesudah kekalahannya itu akan mengalahkan lawannya. Beberapa tahun selepas kemenangan Parsi, Rom telah mengalahkan Parsi dan inilah bukti daripada berita yang disampaikan oleh al-Quran melalui Rasulullah s.a.w. Kesimpulan:Segala ajaran Islam berupa syariat, akidah dan akhlak telah diturunkan oleh Allah s.w.t. dengan sempurna. Umat Islam hendaklah mempercayai setiap perkara yang telah disampaikan oleh baginda Rasulullah s.a.w. sama ada perkataan, perbuatan dan ikrarnya.
Read or Post a Comment
<< Home