Thursday, July 22, 2004
Maxis mahu kuasai pasaran nada dering
KUALA LUMPUR 21 Julai - Maxis Communications Bhd. (Maxis) melalui jenama prabayarnya, Hotlink telah memperkenalkan nada dering pemanggil (Caller Ringtones) iaitu perkhidmatan panggilan balik yang pertama dalam industri dalam usaha menguasai sebahagian besar pasaran nada dering.
Caller Ringtones berfungsi sebagai pengganti nada sambungan yang biasa didengar pada telefon mereka dengan muzik dan kesan bunyi sementara menunggu panggilan disambungkan kepada penerima panggilan Hotlink.
Menurut Ketua Pemasaran Prabayar Maxis, Chee Loo Fun, pengenalan Caller Ringtones bertujuan memenuhi permintaan yang kian meningkat bagi tanda peribadi dalam komunikasi mudah alih.
``Inovasi terbaru ini memanfaatkan populariti pasaran nada dering yang telah berkembang seiring perubahan format muzik mudah alih daripada monofonik kepada polifonik.
``Berdasarkan kepada kecenderungan ini, kami yakin Caller Ringtones mampu menyamai kejayaan nada dering polifonik yang mencatatkan purata lebih 100,000 muat turun sebulan,'' katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
More
Read or Post a Comment
<< Home