Friday, July 09, 2004
Minat kerjaya - UTM gunakan ujian psikologi online
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mewujudkan ujian psikologi secara dalam talian (online) bagi menentukan personaliti dan minat kerjaya para pelajar terutama pelajar baru.
Pengarah Pusat Kaunseling dan Kerjaya Prof. Dr. Mohd Tajudin Ninggal berkata, ujian berkenaan telah digunakan sejak Februari tahun lalu.
Menurut beliau, ujian tersebut telah banyak membantu pelajar dengan memberi kesedaran mengenai fokus dan minat mereka dalam sesuatu bidang.
``Melalui ujian ini juga pelajar dapat menilai sama ada mereka memerlukan bimbingan dari pihak kaunselor,'' katanya.
Selain membantu pelajar, ujian tersebut juga memudahkan para kaunselor UTM meneliti profail pelajar yang sebelum ini banyak dilakukan berdasar pemerhatian.
More
Read or Post a Comment
<< Home