Firefox NEW Firefox 2.0 released - Download Now!

Friday, June 03, 2005

Teknologi X-WAVE

BAGI mereka yang mendambakan kepuasan sebenar audio visual serta tayangan yang canggih dan moden, pengalaman seumpama itu tidak lagi hanya boleh didapati di panggung wayang semata-mata, sebaliknya kini boleh dialami di ruang tamu rumah.

Impian kebanyakan `kaki wayang' itu direalisasikan oleh pengeluar peralatan rumah LG Electronics (LGE) melalui kecanggihan teknologi Excellent Wave (X-WAVE) yang diaplikasikan dalam rangkaian produk TV skrin leper mereka.

X-WAVE merupakan teknologi audio yang inovatif yang dipasang dalam TV skrin leper bagi membolehkan pengguna mendengar audio menerusi mana-mana media digital dengan tujuh pilihan transmitter FM seperti sistem teater rumah, komponen mini dan radio secara wayarles

Transmitter FM itu pula boleh dimainkan pada seberapa banyak media digital dan ia boleh dikesan sejauh 10 meter sekali gus membolehkan pengguna menikmati pengalaman menonton TV dalam apa jua situasi.

Lebih menarik, teknologi itu juga turut dilengkapkan dengan alat kawalan jauh yang boleh disambungkan kepada `earphones' sekali gus mewujudkan ruang kepada pengguna menikmati kepuasan audio tanpa mengganggu atau diganggu oleh individu lain di sekelilingnya.

Pengarah Urusan LGE, I. G. Kim berkata, teknologi yang pertama kali seumpamanya diperkenalkan di Malaysia itu bakal memberikan kepuasan kepada pengguna TV skrin leper di negara ini untuk menikmati kualiti audio teater rumah yang canggih dengan cara yang mudah dan murah.

``Melalui teknologi ini juga, pengguna dapat meningkatkan kualiti sistem audio mereka dengan menyambungkannya kepada sistem audio lain dalam menghasilkan bunyi yang jelas dan tulen.

``Ia juga pastinya menjanjikan keseronokan dan pengalaman diluar batasan kepada peminat permainan video TV,'' katanya ketika memperkenalkan produk itu baru-baru ini.

Menurut Kim, teknologi itu kini sudah berada di pasaran dan diaplikasikan pada tiga model TV leper iaitu RT-21FD47VX berharga RM799, RT-29FD47VX (RM1,399) dan TV Projektor RT-44NB12RB (RM5,4999)

Agaknya lepas ni takde la orang nak pegi tgk wayang lagi yek... lepas tutup la wayang semua... sebab orang dah leh tgk wayang kat umah.... heheheh harga TV LEPER pun kira murah jugak la....tapi pelik jugak bunyi nyek.. TV LEPER... hehehe.. macam piring leper daa....


Posted by Zamri@ 6/03/2005 12:19:00 PM




Advertise Here

Buy to Let Mortgages

Adsense Traffic Secrets

Secrets how to bring more traffic to your adsense blog/web by Joel Comm

Minisitesecretsrevealed

Get your hands on Dan Kelly's "Mini-Site Secrets Revealed" absolutely free!!

Join SlashMySearch

Earn money when you search!

WordPageBuilder

Discover a simple step-by-step software tool changing the way site owners distribute content while converting old dusty eBooks and Special Reports into Money Magents...in just 6 simple steps!

MINISITE - D.I.Y

Make Your Own Mini Sites in Just 30 Minutes ~ Without Being a Web-Techie, Buying Expensive Software or Paying Huge Web Design Fees

Sponsors

Your Ad Here

Your Ad Here