Firefox NEW Firefox 2.0 released - Download Now!

Friday, June 03, 2005

Teknologi HP hidupkan watak Madagascar



MENGHIDUPKAN empat watak utama dalam filem animasi terkini, Madagascar seperti Alex (singa); Marty (kuda belang); Melman (zirafah), Gloria (badak) dan watak lain serta suasana persekitaran yang pelbagai memerlukan satu teknologi canggih dalam merealisasikannya.

Semuanya itu berjaya dilaksanakan melalui teknologi terkini Hewlett-Packard (HP) yang menjadi penyokong utama DreamWorks dalam memangkinkan usaha pembikinan filem digital masa depan.

HP yang sudah menjadi rakan DreamWorks sejak 2001 lagi mengetengahkan stesen kerja HP xw8000 yang menyediakan kepada artis digital pemproses termaju selain memori paling laju yang membolehkan visual terperinci dapat dilihat secara interaktif pada desktop.

Lebih satu pertiga daripada filem itu berkisar dalam hutan yang menyaksikan banyak wataknya berinteraksi dengan hutan. Dan persekitaran sukar ini dapat diatasi melalui teknik simulasi, antaranya kesan 3D yang mana stesen kerja ini dedikasi dalam proses interaktif itu.

Segala teknik yang sukar ini dapat diatasi memandangkan keupayaan stesen kerja HP xw8000 dibekalkan dengan sistem operasi (OS) Red Hat Linux 3; dua pemproses Intel Xeon 2.8 GHz; kad grafik nVidia Quadro 4 XGL; RAM 2GB dan dua monitor.

Selain itu, teknologi sistem pelayan HP ProLiant DL360, DL145 dan Netserver LP-1000 turut menjayakan pembikinan filem animasi menarik ini.

Kerjasama secara jauh menggunakan perisian grafik kawalan jauh 3D membolehkan kerjasama studio maya dilakukan antaranya membabitkan interaktif, perkongsian imej 3D masa sebenar dan pelbagai adegan oleh jabatan animasi dalam geografi yang berlainan.

Syok betul tengok diorang buat animasi citer macam ni... kalaulah aku boleh buat satu citer pendek 30 minit pun cukup la.. mesti gempak.. tapi ?? nak buat ceriter ape yek ??? takkan nak buat sang kancil dgn buaya.... ??? boleh kot... heheheh


Posted by Zamri@ 6/03/2005 02:29:00 PM




Advertise Here

Buy to Let Mortgages

Adsense Traffic Secrets

Secrets how to bring more traffic to your adsense blog/web by Joel Comm

Minisitesecretsrevealed

Get your hands on Dan Kelly's "Mini-Site Secrets Revealed" absolutely free!!

Join SlashMySearch

Earn money when you search!

WordPageBuilder

Discover a simple step-by-step software tool changing the way site owners distribute content while converting old dusty eBooks and Special Reports into Money Magents...in just 6 simple steps!

MINISITE - D.I.Y

Make Your Own Mini Sites in Just 30 Minutes ~ Without Being a Web-Techie, Buying Expensive Software or Paying Huge Web Design Fees

Sponsors

Your Ad Here

Your Ad Here