Firefox NEW Firefox 2.0 released - Download Now!

Wednesday, September 29, 2004

Syaaban bulan qada puasa, muhasabah diri

CUMA lebih kurang dua minggu saja lagi kita akan meninggalkan Syaaban menuju Ramadan. Terasa baru sangat kita meraikan Syaaban, malahan secara adatnya bulan ini sering dikaitkan dengan dengan malam ke-15 iaitu malam Nisfu Syaaban. Pada malam itu, amalan membaca tiga kali surah Yassin kedengaran di masjid, surau dan rumah. Amalan ini masih diteruskan hingga hari ini walaupun tiada nas sahih menyatakannya. Maka mengambil Nisfu Syaaban sebagai satu hari yang istimewa dan dikaitkan dengan amalan tertentu adalah tidak disyariatkan oleh Allah. Lantas apa sebenarnya yang disyariatkan dalam bulan Syaaban?
Antara perkara yang disyariatkan pada bulan Syaaban ialah menjelaskan hutang puasa yang tertinggal sebelum ini.Syaaban adalah bulan melangsai hutang. Jadi apabila masuk saja bulan ini, perlulah kita mengingati hutang lama yang belum langsai terutama bagi golongan Hawa.
Apakah hutang itu? Syaaban adalah bulan qada puasa bagi sesetengah kita terutama wanita. Wajib qada puasa Ramadan yang lalu dan kita tidak boleh menundanya hingga Ramadan berikutnya jika tidak ada halangan. Jika tidak menggantikannya, wajib baginya bertaubat atas kelalaian itu dan dia tetap diwajibkan menggantikan puasa berkenaan, malahan ditambah membayar kafarat setiap hari yang ditinggalkan dengan memberikan beras kepada orang miskin. Budaya bertangguh menggantikan puasa ini bukan baru bagi kita tetapi sudah menjadi sebati dalam kehidupan umat Islam hari ini. Malah ada yang lebih teruk, puasa yang ditinggalkan itu tidak digantikan kerana terlupa dan tidak sempat hendak diganti. Itulah alasan yang digunakan hari ini.
Firman Allah bermaksud: “Dan sekali-kali, Tuhanmu tidak lalai daripada apa yang kamu kerjakan”. (Surah Hud, ayat 123).

Namun kita masih belum terlambat untuk memperbaiki prestasi. Maka apabila sampai Nisfu Syaaban, ia patut dijadikan satu penanda jalan bagi kita untuk mengingat kembali hutang lama itu. Kita masih ada masa untuk menggantikan mana mana puasa yang tertinggal pada Ramadan lalu. Kita disunatkan untuk memperbanyakkan amalan puasa pada sepanjang Syaaban bukan hanya memperbanyakkan amal di Nisfu Syaaban saja kerana Rasulullah dulu selalu melakukannya.Dalam kitab As-Shahihain (Shahih Bukhari dan Muslim) ada hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah, dia berkata: “Aku belum pernah melihat Rasulullah menyempurnakan puasa selama satu bulan penuh kecuali pada bulan Ramadan, dan aku belum pernah melihat beliau memperbanyakkan puasa dalam satu bulan kecuali pada bulan Syaaban”

Oleh itu marilah kita cepat2 qada' puasa yang tertinggal tu.. yang tak tinggal tu bole buat puasa sunat..... berita selanjutnyer klik link bawah ni......

More




Posted by Zamri@ 9/29/2004 01:45:00 PM




Advertise Here

Buy to Let Mortgages

Adsense Traffic Secrets

Secrets how to bring more traffic to your adsense blog/web by Joel Comm

Minisitesecretsrevealed

Get your hands on Dan Kelly's "Mini-Site Secrets Revealed" absolutely free!!

Join SlashMySearch

Earn money when you search!

WordPageBuilder

Discover a simple step-by-step software tool changing the way site owners distribute content while converting old dusty eBooks and Special Reports into Money Magents...in just 6 simple steps!

MINISITE - D.I.Y

Make Your Own Mini Sites in Just 30 Minutes ~ Without Being a Web-Techie, Buying Expensive Software or Paying Huge Web Design Fees

Sponsors

Your Ad Here

Your Ad Here