Thursday, September 09, 2004
Selagi Diuji Dalam Hidup
Hari ini ramai manusia yang mengidap sakit jiwa,tekanan jiwa yang kuat akibat gagal berhadapan dengan ujian atau masalah.Ada yang menderita kerana gagal dalam percintaan,ada yang kecewa kerana dirinya tidak dipeduli orang,ada yang merana kerana apa yang dihajati tidak tertunai dan ada yang berdukacita apabila kematian atau kehilangan seseorang yang dikasihi lagi di sayangi. Penderitaan dan kegelisahan jiwa akan terus memburu mereka yang tidak mahu menyerahkan hidup dan matinya untuk Allah dan tidak mahu mengadu pada Allah jika berhadapan dengan sebarang masalah dan ujian dalam hidupnya.Bagi orang yang beriman ,ia merasakan masalah hidup yang menimpanya merupakan satu jalan untuk ia bermunajat dengan Allah ,untuk melatih diri lebih menghampirkan dengan Allah dan merasakan dirinya dalam penelitian dan perhatiannya.Sebab itu ,orang-orang soleh kiranya tiga hari ia tidak ditimpa sebarang ujian dalam hidup,ia akan menangis dan merasakan dirinya banyak dosa kerana dibiarkan Allah. Sekiranya kita mengingati Allah ,hati kita akan tenang.Ini satu jaminan dari Allah ,pasti ianya benar.Pengaduan pada Allah merupakan satu jalan menuju ketenangan jiwa yang abadi dan kemanisan dalam hidup walaupun berhadapan dengan berbagai-bagai masalah.Allah tidak jadikan sesuatu itu dengan sia-sia,pasti ada hikmah dan tujuan di sebaliknya yang hanya Allah sajalah yang mengetahuinya.Itulah keyakinan bagi orang-orang Mukmin.Di dunia dapat memiliki jiwa yang sakinah, diakhirat pula memiliki rahmat Allah seluas langit dan bumi
Read or Post a Comment
<< Home