Monday, September 06, 2004
Perang kereta pintar

SEJAK kebelakangan ini, ramai yang sedang memperkatakan mengenai perang kereta yang dijangka berlaku tahun depan disebabkan bermulanya pelaksanaan fasa pertama kawasan perdagangan bebas ASEAN (AFTA) 2005. Para pengeluar kereta di seluruh rantau ini sedang sibuk membuat persediaan terakhir untuk melancarkan pelbagai jenis kereta dan juga kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dijangka lebih menarik dan berharga mampu milik.
Bagaimanapun, bagi syarikat teknologi automobil dan juga teknologi maklumat, kereta merupakan sasaran mereka untuk melahirkan produk berteknologi masa depan yang akan mendapat perhatian pengguna. Sememangnya, kita telah lama mendengar bagaimana kereta pintar boleh mengakses Internet, membantu pemandu mencari arah menggunakan Sistem Kedudukan Global (GPS), memberi hiburan multimedia kepada penumpang dan sebagainya.
Anda tidak seharusnya terkejut jika diberitahu yang kereta masa kini (dalam kategori tinggi) mempunyai antara 50 dan 70 cip mikropemproses yang mempunyai pelbagai tugas bagi memberikan kereta ciri-ciri pintar yang tidak pernah diimpikan sebelum ini. Selain kereta pintar, pelbagai lagi istilah telah digunakan bagi menggambarkan mengenai kecanggihan kenderaan yang menjadi keperluan setiap penduduk itu seperti istilah kereta rangkaian, kereta multimedia, kereta Internet dan `kereta berhubungan' (connected car).
New technology for us but its been widely use in Europe. Actually this technology is more related to GPS and GIS but i'm more interested in this field. Kalau boleh nak join jugak comany yang built this system. Sebab aku punya bidang ada jugak la related to this technology. For more news click here.......
More
Read or Post a Comment
<< Home