Firefox NEW Firefox 2.0 released - Download Now!

Wednesday, August 18, 2004

Perisian Melayu - Microsoft mulakan dengan Windows XP

ISU perisian sistem operasi (OS) berharga mahal dan sukar difahami kerana menggunakan bahasa Inggeris merupakan isu yang telah lama diperkatakan oleh para pengguna komputer di negara ini. Kerana masalah tersebut, para pengguna dan kerajaan negara-negara membangun kini sedang tertarik dengan perisian OS yang ditawarkan oleh kumpulan pembangun Linux di seluruh dunia. Bagaimanapun, sebagai pengeluar perisian OS terkenal, Microsoft tidak mahu penguasaannya dalam pasaran OS dunia terjejas oleh isu tersebut dan berusaha mengatasinya.
Perisian Windows XP Edisi Mula (Starter Edition) dalam Bahasa Malaysia yang dilancarkan Microsoft Corporation minggu lepas merupakan jawapan kepada persoalan dan cabaran tersebut. Perisian yang akan ditawarkan bersama komputer desktop berkos rendah itu akan diperkenalkan kepada pasaran selepas Oktober ini.
Selain Malaysia, Microsoft juga melancarkan perisian Windows XP berkos rendah dan dalam bahasa tempatan di lima buah negara lain dan setakat ini ia telah dilancarkan di Malaysia, Indonesia dan Thailand. Dua buah negara lagi akan diumumkan kemudian.
Pengarah Urusan Microsoft (Malaysia) Sdn. Bhd., Butt Wai Choon berkata, aplikasi tersebut yang diterjemah dan disesuaikan kandungannya daripada glosari Microsoft Windows XP.
Katanya, ia menawarkan cara yang mudah kepada mereka yang menggunakan komputer buat kali pertama melalui penggunaan bahasa kebangsaan. Menurutnya, apabila memasuki pasaran kelak, aplikasi tersebut boleh diperolehi melalui para pengedar pengeluar peralatan asli (OEM) Microsoft di seluruh negara.
``Harga aplikasi ini akan diumumkan dalam tempoh dua minggu lagi, bagaimanapun kadarnya adalah paling murah berbanding aplikasi lain yang ditawarkan oleh Microsoft buat masa ini.
``Walaupun kosnya lebih rendah, namun ia sepadan dengan pelbagai peralatan dan aplikasi berasaskan Windows dan suit perisian Microsoft Office 2003,'' katanya.
Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran aplikasi tersebut yang disaksikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Halim Shafie di Putrajaya, minggu lepas. Aplikasi Windows XP Starter Edition mengandungi kira-kira 7,500 terma yang terjemahannya ke bahasa Melayu dilakukan dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Beliau memberitahu, aplikasi tersebut mempunyai kapasiti pemprosesan 233 MHz dengan akses memori sehingga 128 MB. Katanya, aplikasi Windows XP Starter Edition turut mengandungi ciri asas Windows XP seperti hubungan Internet, padanan perisian dan peralatan, paparan tetingkap, ciri keselamatan terkini dan kemudahan komunikasi selain video, muzik dan gambar digital. Sementara itu, Halim berkata, pengenalan aplikasi dalam bahasa Melayu akan dapat membantu kerajaan mengurangkan jurang digital di kalangan rakyat. Beliau berharap lebih banyak syarikat tampil membantu kerajaan dalam perkara tersebut dengan membina lebih banyak aplikasi yang sesuai dengan keperluan pengguna baru komputer. ``Aplikasi dalam bahasa kebangsaan dapat membantu pengguna baru mengatasi kesukaran menggunakan komputer berikutan masalah dalam penggunaan bahasa Inggeris,'' ujarnya lagi. Microsoft akan menggunakan fasa percubaan 12 bulan pelancarannya dan akan menilai keberkesanan produk ini kepada para pengguna kali pertama.
``Dalam masa 12 bulan ini, kami akan menjalankan kajian terhadap 1,200 pelanggan dan 450 rakan perniagaan dalam membangunkan pasaran dan memahami kehendak mereka dalam edisi terbaru ini,'' kata Butt.



Waaa.... ni kira dah berita baik bagi penduduk malaysia terutamanya yang cintakan bahasa malaysia.... Windows XP dalam bahasa melayu...... bagus cadangan ni..... mintak2 harga nyer pun murah jugakla..... orang-orang kampung kira senang la nak belajar komputer sebab ianya dalam bahasa melayu...mudah difahami... cuma satu la... kalau ditranslate kan windows XP ..mungkin jadik tetingkap XP??... hahahaha huhu... mungkin ader nama lain yg diorang fiir kan kot... anyway aku tunggu Windows XP versi bhs melayu ni... sbb bahasa lain dah ader.. macam China, Jepun.....


Posted by Zamri@ 8/18/2004 11:30:00 AM




Advertise Here

Buy to Let Mortgages

Adsense Traffic Secrets

Secrets how to bring more traffic to your adsense blog/web by Joel Comm

Minisitesecretsrevealed

Get your hands on Dan Kelly's "Mini-Site Secrets Revealed" absolutely free!!

Join SlashMySearch

Earn money when you search!

WordPageBuilder

Discover a simple step-by-step software tool changing the way site owners distribute content while converting old dusty eBooks and Special Reports into Money Magents...in just 6 simple steps!

MINISITE - D.I.Y

Make Your Own Mini Sites in Just 30 Minutes ~ Without Being a Web-Techie, Buying Expensive Software or Paying Huge Web Design Fees

Sponsors

Your Ad Here

Your Ad Here