Tuesday, August 24, 2004
Menikmati AV berkuasa di PC
SETIAP syarikat teknologi maklumat (IT) kini memperkatakan mengenai rumah digital yang akan menjadi trend pencorak pembangunan IT masa depan.
Sebagai pengeluar produk berkaitan komputer peribadi (PC) terkenal, Intel Corporation baru-baru ini mengumumkan pelbagai produk bagi kegunaan rumah digital yang menggunakan platform PC.
Produk audio, video dan pelbagai fungsi tersebut akan memberikan pengguna pengalaman berbeza apabila menggunakan PC untuk tujuan hiburan atau produktiviti.
Apa yang lebih menarik ialah produk-produk tersebut mampu mencapai standard teknologi tinggi dalam dunia audio dan video (AV) seperti video High Definition (HD) dan sistem bunyi keliling 7.1.
Gabungan teknologi-teknologi dari Intel ini mampu mewujudkan PC jenis baru, peranti `hi-fi' dengan video definasi tinggi, bunyi `fidelity' tinggi dan sambungan wayarles.
``Inovasi Intel ini membawa evolusi signifikan bagi PC yang memberikan pilihan yang lebih kepada pengguna,'' kata Pengurus Negara, Intel Electronics (M) Sdn. Bhd., Peter Choong.
Wa... teknologi baru ni...mesti best ni..harga pun mesti best.. kalau flat screen boleh sampai RM 40, 000 yang ni mau lebih ni...peh..dunia sekarang makin canggih..nak tau lagi pasal AV ni korang gi la link bawah ni...
Read or Post a Comment
<< Home