Firefox NEW Firefox 2.0 released - Download Now!

Wednesday, August 18, 2004

HP dan PC poket

HEWLETT-PACKARD (HP) yakin dengan masa depan pasaran komputer telapak atau PC poket di Malaysia berasaskan segmen penggunaan yang lebih meluas terutamanya oleh agensi kerajaan termasuk polis dan pihak berkuasa tempatan (PBT).
Profesional yang sering berada di luar pejabat turut memerlukannya bagi memenuhi gaya guna mudah alih untuk menjadikannya lebih dari sebuah peranti yang boleh dipercayai, kemudahalihan tinggi, dan berprestasi mencapai rakan niaga, aplikasi, maklumat dan perkhidmatan.Pengurus Besar Negara, Kumpulan Sistem Personal, Hewlett-Packard Sales (M) Sdn Bhd, Wong Chun Fong, berkata pihaknya mensasarkan penggunaan HP iPAQ di beberapa agensi kerajaan yang berpotensi termasuk perkhidmatan tenaga dan Kementerian Pertahanan yang memiliki ramai kakitangan beroperasi di luar pejabat.“Selain daripada sektor awam, sektor insurans dan pendidikan juga antara sasaran paling berpotensi untuk memperkenalkan iPAQ kerana ia peranti yang membolehkan mereka mencapai kandungan digital dan perkhidmatan secara tanpa wayar seperti data korporat, percetakan tanpa wayar, perkhidmatan jarak jauh, suara menerusi WiFi, pindah turun muzik dan penyaluran video,” katanya.Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran barisan model baru iPAQ yang menggabungkan keupayaan inovatif data bersepadu, suara dan hiburan, di Pulau Pinang baru-baru ini.Turut hadir ialah Naib Presiden, Kumpulan Perniagaan Mobil dan Produk Pengguna, Hewlett-Packard Asia Pasifik dan Jepun, Chin-Teik See.Mengulas mengenai barisan iPAQ baru itu, Chin berkata kelima-limanya bercirikan keupayaan yang menggabungkan gaya guna data dan suara profesional mudah alih supaya pengguna dapat mengambil kesempatan ke atas pelbagai perkhidmatan digital yang boleh disediakan oleh rangkaian perkhidmatan tanpa wayar termasuk telekomunikasiLima model baru diperkenalkan itu merangkumi gaya guna tahap biasa hinggalah tertinggi. Ia adalah iPAQ siri h6365 (ada kamera – RM2,788), siri h4700 (ada papan sesentuh untuk kawalan kursor – RM2,488), siri rx3715 (ada kamera – RM1,888), rx3417 (ada kamera – 1,588) dan rz1710 (RM988).


Hp ni memang competitor yang bagus... ader je barang baru yang dikeluarkan untuk menandingi produk dari company lain.... yang penting makin banyak produk baru makin murah la ...... hehehe ... tunggu murah baru beli...


Posted by Zamri@ 8/18/2004 06:46:00 PM




Advertise Here

Buy to Let Mortgages

Adsense Traffic Secrets

Secrets how to bring more traffic to your adsense blog/web by Joel Comm

Minisitesecretsrevealed

Get your hands on Dan Kelly's "Mini-Site Secrets Revealed" absolutely free!!

Join SlashMySearch

Earn money when you search!

WordPageBuilder

Discover a simple step-by-step software tool changing the way site owners distribute content while converting old dusty eBooks and Special Reports into Money Magents...in just 6 simple steps!

MINISITE - D.I.Y

Make Your Own Mini Sites in Just 30 Minutes ~ Without Being a Web-Techie, Buying Expensive Software or Paying Huge Web Design Fees

Sponsors

Your Ad Here

Your Ad Here