Firefox NEW Firefox 2.0 released - Download Now!

Monday, August 02, 2004

Gajet serba guna bersaiz poket


HAMPIR setiap rumah kini mempunyai pemain cakera padat video (VCD) atau cakera video digital (DVD) disebabkan harganya yang semakin hari semakin mampu dimiliki.
Kemunculan pemain VCD/DVD itu semakin menenggelamkan pesaingnya yang pernah popular suatu ketika dahulu, pemain/perakam kaset video (VCR).
Bagaimanapun, kelemahan pemain VCD/DVD ialah ia tidak boleh merakam sama ada rakaman melalui televisyen atau melalui pemain VCR/VCD/DVD yang lain.
Jika ada pun perakam VCD/DVD di pasaran, harganya masih di luar kemampuan kebanyakan orang.
Bagaimanapun, I-Berhad baru-baru ini telah memperkenalkan peranti pemain dan juga perakam video yang membolehkan anda merakam dari pelbagai sumber seperti rancangan televisyen, pemain VCD atau dari komputer.
Apa yang lebih menarik ialah anda boleh membawa ke mana-mana pemain video bersaiz poket itu dan menonton rakamannya pada bila-bila masa yang anda ingini.
Produk serba guna dari I-Berhad ini dikenali sebagai i-pocketTAKEAWAY dan dispesifikasikan sebagai peranti bimbit pelbagai fungsi `7 dalam 1' yang pertama diperkenalkan di negara ini.
Selain daripada berfungsi sebagai perakam dan pemain video digital, alat ini juga merupakan sebuah pemain foto digital, perakam suara digital, pemain MP3, cakera USB bimbit dan pembaca kad SD/MMC yang digabungkan dalam sebuah peranti sebesar tapak tangan.

[Kalau nak tau lebih lanjut pasal citer ni gi ler alamat kat bawah ni.. aku no komen sebab bagi teknologi ni biasa la tiapĀ² hari semakin lama semakin maju.. tak terkejo kita....nakĀ² orang yang sentiasa nak up to date ]

More


Posted by Zamri@ 8/02/2004 10:03:00 AM




Advertise Here

Buy to Let Mortgages

Adsense Traffic Secrets

Secrets how to bring more traffic to your adsense blog/web by Joel Comm

Minisitesecretsrevealed

Get your hands on Dan Kelly's "Mini-Site Secrets Revealed" absolutely free!!

Join SlashMySearch

Earn money when you search!

WordPageBuilder

Discover a simple step-by-step software tool changing the way site owners distribute content while converting old dusty eBooks and Special Reports into Money Magents...in just 6 simple steps!

MINISITE - D.I.Y

Make Your Own Mini Sites in Just 30 Minutes ~ Without Being a Web-Techie, Buying Expensive Software or Paying Huge Web Design Fees

Sponsors

Your Ad Here

Your Ad Here