Firefox NEW Firefox 2.0 released - Download Now!

Wednesday, August 18, 2004

Bimbingan solat sempurna

IMAM Bukhari dan Muslim meriwayatkan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: ``Islam itu dibina di atas lima perkara, iaitu dua kalimah syahadah, melaksanakan solat, zakat, haji dan puasa.''
Ibadah solat ini sama sekali tidak boleh diperlekehkan kerana ia termasuk dalam wajib mutlak. Tidak akan lengkap iman seseorang itu jika sembahyangnya tidak sempurna.
Hakikatnya, solat mengajak manusia untuk mengabdikan diri kepada Allah. Selain itu, ia juga merupakan benteng diri daripada melakukan perkara-perkara mungkar.
Firman Allah dalam surah al-Ankabut ayat 45 mengingatkan: ``Sesungguhnya solat itu mencegah daripada (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingati Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaannya daripada ibadat-ibadat yang lain).''
Menyedari sembahyang merupakan penghubung antara seorang hamba dengan Tuhannya, malah ia juga diibaratkan kepala bagi tubuh manusia, telah berlangsung Program Tahsinul Ibadah yang dianjurkan oleh Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) dengan kerjasama Persatuan Saudara Baru India SeMalaysia (Al-Hidayah) di Kompleks Balai Islam Masjid Al-Ghufran, Taman Pinggiran Tun Dr. Ismail, Petaling Jaya, Selangor pada awal Julai lalu.
Objektif utama program dua hari ini adalah untuk meningkatkan ilmu pengetahuan serta kemahiran dalam melakukan amalan sembahyang fardu dan sunat secara terperinci supaya ia dapat diamalkan dengan penuh keyakinan dalam kehidupan harian.
Peserta turut dibimbing secara praktikal cara-cara berwuduk dan bersolat dengan lebih sempurna. Program kali ini dikatakan berbeza dengan program kendalian Perkim terdahulu kerana tidak ada ceramah dan hanya praktikal dan sedikit taklimat.
Seramai lima orang fasilitator menjayakan program yang dikendalikan dalam bahasa Tamil, iaitu Ustaz Mohd Hafizan Abdullah daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Ustaz Abdul Rahman Siva Abdullah daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Ustaz Amran Abdullah (Perkim), Ustaz Abdul latif Satharan Abdullah (Al-Hidayah) dan Ustazah Fatimah Abdullah (JAIS).
Melihat kepada sambutan peserta, pihak penganjur berhasrat menjadikan program ini sebagai program bulanan yang mengkhusus kepada membim-bing saudara-saudara baru mendirikan sembahyang lima waktu dengan lebih sempurna.


This article for ur and me acknowledge.... bad things come from me and good things come from Allah....wallahualam


Posted by Zamri@ 8/18/2004 11:48:00 AM




Advertise Here

Buy to Let Mortgages

Adsense Traffic Secrets

Secrets how to bring more traffic to your adsense blog/web by Joel Comm

Minisitesecretsrevealed

Get your hands on Dan Kelly's "Mini-Site Secrets Revealed" absolutely free!!

Join SlashMySearch

Earn money when you search!

WordPageBuilder

Discover a simple step-by-step software tool changing the way site owners distribute content while converting old dusty eBooks and Special Reports into Money Magents...in just 6 simple steps!

MINISITE - D.I.Y

Make Your Own Mini Sites in Just 30 Minutes ~ Without Being a Web-Techie, Buying Expensive Software or Paying Huge Web Design Fees

Sponsors

Your Ad Here

Your Ad Here