Firefox NEW Firefox 2.0 released - Download Now!

Monday, August 09, 2004

Baik Punya Cilok

DARI raut wajah pelakon utama filem Baik Punya Cilok tidak sedikitpun tercalit perasaan tertekan. Sebaliknya dalam kesibukan bekerja di tengah panas terik di lokasi Jalan Kuala Kubu Baru, pelakon-pelakon utamanya tetap ceria.
Keceriaan yang ditonjolkan bukanlah sebuah lakonan seperti watak yang mereka bawa dalam filem arahan Afdlin Shauki itu, sebaliknya apa yang dipaparkan itu adalah realiti.
Sepatah kata Hans Isaac yang memegang watak Jerry dalam filem kedua arahan Afdlin itu, sepanjang menjalani penggambaran, pelakon yang terbabit tidak pernah rasa tertekan.
``Sebaliknya, kesedihan melanda hati kami kerana terpaksa berpisah selepas penggambaran Baik Punya Cilok, selesai minggu lalu.
``Dari awal penggambaran hinggalah selesai, belum ada satu hari pun yang membuatkan kami bosan atau tertekan. Setiap hari ada sahaja cerita yang hendak dibualkan. Sepanjang saya berlakon, rasa-rasanya inilah geng yang satu kepala,'' kata Hans sambil sibuk mengunyah kuaci.
Makan kuaci adalah aktiviti wajib yang mereka lakukan setiap kali berhenti penggambaran.
Bagi Afdlin pula waktu inilah dia akan melihat semula shot atau lakonan yang dibuat sebelum ini.
Afdlin yang terpaksa bekerja di hadapan dan belakang kamera tidak menghadapi masalah kerana segala kesilapan dapat dikesan menerusi rakaman semula VHS yang direkodkan sewaktu penggambaran.
``Saya tidak ada masalah melakukan dua kerja dalam satu masa. Selepas berlakon saya akan semak semula angle menerusi monitor. Kalau ada shot yang saya tidak puas hati, saya akan beritahu jurukamera dan lakon semula,'' katanya terus terang.
Menurut Afdlin, Baik Punya Cilok yang menjalani penggambaran di sekitar Kemensah, Kuala Kubu, Ulu Langat dan ibu kota akan ditayangkan pada umum Mei tahun depan.
Baik Punya Cilok berkisar tentang empat orang sahabat yang bercadang untuk merompak sebuah kedai emas. Malangnya sewaktu mereka pergi ke kedai tersebut, pihak polis telah ada kerana orang lain terlebih dahulu telah merompak kedai tersebut.
Kata Afdlin, Baik Punya Cilok bukan sekadar menampilkan kelainan dari segi aksi komedi tapi juga memberi tumpuan tentang moral dan perundangan.
``Ceritanya mudah sahaja, empat orang sahabat nak ambil semula kerongsang milik salah seorang daripada mereka yang ditipu oleh tauke kedai emas itu.
``Memang tidak salah bila mereka berhasrat untuk ambil semula hak salah seorang daripada mereka tetapi dari segi perundangan adalah menjadi satu kesalahan kalau mengambil sesuatu tanpa izin, ''jelasnya.
Tambah Afdlin, dia cuba membuat penonton berfikir tentang prinsip moral dan undang-undang.
Afdlin yang mendapat anugerah pengarah harapan dalam Festival Filem Malaysia Ke-17 baru-baru ini menerusi filem Buli berkata, kejayaan itu membuatkan orang menaruh harapan lebih tinggi padanya.
Untuk itu juga Afdlin cuba membentuk satu komedi yang berdasarkan kepada situasi bercanggah kerana cara ini ternyata berkesan.
``Dulu dalam Buli saya buat watak AC Mizal yang karakternya samseng tapi nyanyi lagu Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu. Perkara yang bercanggah beginilah mampu membuat hati penonton tercuit. Sebab itu jugalah saya cuba ambil Awie,'' ceritanya.
Awie yang sebelum ini terkenal dengan watak hero dalam filem Pemburu Bayang, Sembilu dan Merah kini bertukar menjadi seorang lelaki gagah yang jiwang.
Kata Awie, wataknya sebagai Bob KP memang berbeza sama sekali dengan watak-watak yang pernah dilakonkannya sebelum ini.
``Inilah pertama kali saya berlakon filem komedi. Bayangkan seorang bouncer berjiwa romantik.
``Nasib baik komedi saya terletak pada dialog dan bukan perbuatan. Sepanjang shooting saya tidak ada masalah kerana rakan-rakan yang lain banyak memberi sokongan,'' katanya.
Bagi AC Mizal, dia menerima tawaran berlakon Baik Punya Cilok kerana percaya dengan kerja Afdlin.
``Afdlin ini ada idea yang bagus. Walaupun dia pengarah tapi dia sentiasa memberi kebebasan kepada pelakon untuk mengutarakan pandangan. Memandangkan kami semua satu kepala, maka tidak timbul masalah, ''katanya yang berlakon sebagai lelaki lurus bendul.
Lain-lain pelakon yang turut menjayakan Baik Punya Cilok ialah Harith Iskandar, Ida Nerina, Riezman dan Carmen.

[tak sabar aku nak tengok..... movie mesti best ni.... arahan Afdlin laks tu .. dgn AC Mizal, Awie (berlakon ceriter lawak?? bole ke??? kita tengok la nanti...), Hans and Afdlin skali...... mesti pecah perut nyer... ape2 hal kita tengok dulu baru judge .......]



Posted by Zamri@ 8/09/2004 10:41:00 AM




Advertise Here

Buy to Let Mortgages

Adsense Traffic Secrets

Secrets how to bring more traffic to your adsense blog/web by Joel Comm

Minisitesecretsrevealed

Get your hands on Dan Kelly's "Mini-Site Secrets Revealed" absolutely free!!

Join SlashMySearch

Earn money when you search!

WordPageBuilder

Discover a simple step-by-step software tool changing the way site owners distribute content while converting old dusty eBooks and Special Reports into Money Magents...in just 6 simple steps!

MINISITE - D.I.Y

Make Your Own Mini Sites in Just 30 Minutes ~ Without Being a Web-Techie, Buying Expensive Software or Paying Huge Web Design Fees

Sponsors

Your Ad Here

Your Ad Here