Firefox NEW Firefox 2.0 released - Download Now!

Wednesday, July 28, 2004

Wajarkah Norashikin dipaksa sertai PLKN?

[Artikel ni aku dapat dari utusan online...... rasa terpanggil laks nak buat komen pasal ni..]

=========================================
Saudara pengarang,
SAYA tersentuh dengan cerita bergambar di muka depan Utusan Malaysia bertarikh 26 Julai 2004 yang memaparkan mengenai pengorbanan ibu muda. Pada pendapat saya, pihak yang berwajib dalam Program Khidmat Latihan Negara (PLKN) sepatutnya lebih memahami erti pengorbanan.
Adalah tidak wajar memaksa seorang ibu muda yang mempunyai anak kecil yang baru berumur lapan bulan yang tidak mengerti apa-apa dipisahkan daripada ibunya di saat-saat ia sangat memerlukan kasih sayang dan perhatian ibunya. Apatah lagi inilah masa yang paling penting si anak diberi peluang emas untuk mendapat susuan ibu yang tak ternilai. Ini dilihat sebagai kurang berperikemanusiaan pihak yang berwajib berbanding aspek pengorbanan seorang ibu.
Pada hakikatnya kita harus melihat sendiri dasar penubuhan program itu sendiri; memupuk semangat cintakan negara, memupuk integrasi kaum, memupuk nilai positif dan untuk mengelak gejala-gejala kurang sihat di kalangan remaja dan belia-belia kita. Kalau dilihat pada situasi yang dipaparkan, kenapakah perlu dipaksa Norashikin Rosli yang baru membina institusi keluarga yang sudah jelas sasar tujunya untuk membina keluarga bahagia, sedangkan kita lihat bahawa lebih ramai lagi golongan yang wajar diketengahkan seperti mereka yang masih melepak di kompleks membeli-belah, siber kafe serta penganggur-penggangur yang belum mempunyai fokus jelas untuk masa depan dan pelbagai jenis remaja di luar sana. Adalah diharapkan slogan masyarakat penyayang yang selalu diuar-uarkan dapat dipraktikkan dalam semua situasi dan pihak berwajib dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya mengikut situasi yang ada dan tidak berpandukan Blanket Rule. - IBU THIRAIZZATI, Alor Star, Kedah

=========================================

[Bagi aku Norashikin Rosli tak perlulah dipanggil untuk menjalani PLKN. Kalau kita tengok sasaran PLKN sendiri adalah remaja lepasan SPM dan BUKANNYA yang telah berkahwin. Jadi tak wajar la kalau ibu muda ni terpaksa ikut PLKN..... dah la ada tanggungjawab dengan keluarga, suami malahan dah anak dah... jadik tak perlu jalani PLKN ni.... kesian anak dia nanti.......... sepatutnya budakĀ² yang melepak kat shopping complex tu patut di paksa jalani PLKN .. kalau boleh cari mereka tangkap dan daftarkan aje dlm PLKN....... aku sokong betul penulis surat atas ni.... prihatin dan bertanggungjawab.......... ]






Posted by Zamri@ 7/28/2004 10:23:00 AM




Read or Post a Comment

PLKN lah... MOE lahh... apa masalahnye smpai mcm2 masalah timbul nih? birokrasi! thats the answer. aku rasa cam gomen kiter ni cam betul sangat cam sodek. i mean, kalau ye pon nak didik remaja and so on and so forth, buat la dalam manner yg betul. sesuai dgn cogan kata cemerlang, gemilang, terbilang...bla bla bla...
tengok skang, smpai nak kena saman mahkamah plak kpd orang yg tak pi PLKN. pada aku, ni adalah kelemahan sistem pendidikan/penyiaran malaysia. mereka seharusnya dpt menyampaikan kpd golongan remaja dr pringkat skolah lagi akan kepentingan dan objektif PLKN. kalau langkah sebegini dibuat, rasanye takde orang yg tak nak pegi PLKN. apapon, melentur buluh biar dari rebung. sekian, karam singh walia melaporkan utk tv3....

Posted by Blogger Wan Mohd Fahimi @ Wednesday, July 28, 2004 #
 
<< Home

Advertise Here

Buy to Let Mortgages

Adsense Traffic Secrets

Secrets how to bring more traffic to your adsense blog/web by Joel Comm

Minisitesecretsrevealed

Get your hands on Dan Kelly's "Mini-Site Secrets Revealed" absolutely free!!

Join SlashMySearch

Earn money when you search!

WordPageBuilder

Discover a simple step-by-step software tool changing the way site owners distribute content while converting old dusty eBooks and Special Reports into Money Magents...in just 6 simple steps!

MINISITE - D.I.Y

Make Your Own Mini Sites in Just 30 Minutes ~ Without Being a Web-Techie, Buying Expensive Software or Paying Huge Web Design Fees

Sponsors

Your Ad Here

Your Ad Here