Firefox NEW Firefox 2.0 released - Download Now!

Friday, July 02, 2004

Sembahyang lima waktu dianggap remeh

PENDEDAHAN pakar motivasi dan penceramah terkemuka, Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah, yang mendakwa terdapat kira-kira 80 peratus umat Islam di Malaysia masih tidak menyempurnakan solat lima waktu dalam sehari, menuntut perhatian serius dan tegas daripada semua pihak.Tanggungjawab menunaikan sembahyang langsung tidak boleh dikompromikan oleh setiap Muslim, selama mana mereka memegang taraf sebagai seorang hamba kepada Penciptanya.Perintah mendirikan sembahyang bukannya satu perintah yang boleh diperlekehkan kerana ia termasuk dalam wajib mutlak. Tidak akan lengkap iman seseorang itu jika sembahyangnya tidak sempurna.Kelak, Allah akan menyoal sembahyang yang dilakukan oleh setiap hamba ketika hidupnya pada Hari Kiamat. Tetapi, andainya seseorang itu tidak sembahyang atau terlalu jarang bersembahyang apa lagi yang hendak dijawab apabila disoal kelak? Lebih menyedihkan lagi, menurut Dr. Fadzilah, senario yang berlaku di kalangan pelajar sekolah menengah sebagai pewaris negara yang hanya kira-kira 15 peratus mengakui bersembahyang lima kali sehari.Kesedihan dan kedukaan itu ditambah lagi apabila kewajipan sembahyang sering dipandang remeh dan dianggap tiada nilai sensasi untuk diketengahkan kepada umum, sehinggakan hampir tiada langsung pemimpin-pemimpin masyarakat atau badan-badan bukan kerajaan yang membangkitkan dan mengaitkannya dengan gejala sosial yang begitu rakus melanda negara.Semua pihak amat bersemangat apabila memperkatakan tentang pembangunan dan perkembangan fizikal, dan seterusnya melupakan terus pengisian spiritual dan rohani. Sedangkan roh spiritual ini terlalu penting dalam menentukan dan memperkuatkan hala tuju fizikal. Sejarah tamadun dunia telah membuktikan bahawa setiap kegemilangan peradaban sesuatu bangsa sebenarnya menghampiri penghujung, apabila umatnya mulai melupakan kepentingan spiritual dalam kesibukan mengejar kepentingan materialistik. Ini ditunjukkan secara jelas oleh empayar Islam yang satu ketika dulu begitu gah tetapi akhirnya tewas apabila meminggirkan kepentingan tauhid kerana terpengaruh dengan elemen kebendaan. Terkini, negara dikejutkan dengan pelbagai gejala sosial terutama sekali jenayah ragut dan rogol serta rasuah yang semakin berleluasa dan mendapat perhatian serius semua pihak untuk mengambil bahagian. Pelbagai usaha fizikal dilakukan bagi menanganinya, tetapi nampaknya peranan spiritual itu sendiri bagai dipinggirkan, wal hal segala kepincangan itu berasal daripada kelompongan semangat spiritual dari dalam diri pelaku jenayah itu sendiri.
Kembali kepada persoalan asal, sembahyang merupakan penghubung antara seorang hamba dengan Tuhannya. Dalam Islam, sembahyang ibarat kepala bagi tubuh manusia.
Sembahyang mengajak manusia untuk mengabdikan diri kepada Allah. Selain itu, solat merupakan benteng diri daripada melakukan perkara-perkara mungkar. Sebagaimana firman Allah dalam surah al-Ankabut ayat 45: Sesungguhnya sembahyang itu dapat mencegah pelakunya daripada melakukan kejahatan dan kemungkaran. Perlu difahami bahawa persoalan pertama yang disoal kepada setiap hamba pada Hari Kiamat kelak ialah sembahyangnya dan segala amalan jahatnya di dunia akan mendapat perhitungan sewajarnya daripada Allah.
Justeru itu, dunia ini akan aman daripada sebarang kerosakan dan kemungkaran sekiranya setiap manusia menyedari setiap perbuatannya akan dipertontonkan kepada umum pada hari pembalasan kelak. Pada hari pembalasan yang pasti itu, selain daripada semua anggota badan akan menceritakan setiap inci dan detik perbuatan jahat yang dilakukan oleh pemiliknya, pendedahan itu juga akan turut disusuli dan dilengkapi dengan tayangan kepada umum bagi setiap kemungkaran yang kita lakukan di dunia. Cuba kita bayangkan, seluruh umat manusia bermula daripada Nabi Adam a.s. sehinggalah kepada Nabi Muhammad s.a.w. termasuk pemimpin-pemimpin, ketua-ketua pejabat, keluarga, kenalan dan saudara mara akan menyaksikan perbuatan jahat kita tanpa sebarang tapisan dan suntingan.
Pada masa ini, siapalah kita, segala pangkat, gelaran dan darjat serta jawatan nyata menjadi sia-sia yang tidak akan dapat membantu dan menyelamatkan kita daripada pendedahan demi pendedahan yang akan dibongkar pada hari yang pasti terjadi itu.
Firman Allah s.w.t. dalam ayat 9 Surah at-Taghabun: (Ingatlah) hari (yang pada waktu itu) Allah mengumpulkan kamu pada hari pengumpulan (untuk dihisab), itulah hari diperlihatkan segala kesalahan. Dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan mengerjakan amal soleh nescaya Allah akan menutupi kesalahan-kesalahannya dan memasukkannya ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah keuntungan yang besar. Hari tersebut, iaitu Hari Kiamat, Allah akan menampakkan segala kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh manusia, sama ada ia dilakukan secara sembunyi atau terang-terangan. Pada hari pengumpulan tersebut, manusia tidak akan berupaya menyembunyikan segala kejahatan mereka.Alangkah indahnya dunia ini jika setiap penghuninya menyedari akan hakikat ini dan secara pasti tidak akan kedengaran lagi penyelewengan kuasa di kalangan pegawai-pegawai kerajaan dan swasta, perlakuan jenayah seks dan harta benda yang berleluasa di muka bumi ini.


Posted by Zamri@ 7/02/2004 11:48:00 AM




Advertise Here

Buy to Let Mortgages

Adsense Traffic Secrets

Secrets how to bring more traffic to your adsense blog/web by Joel Comm

Minisitesecretsrevealed

Get your hands on Dan Kelly's "Mini-Site Secrets Revealed" absolutely free!!

Join SlashMySearch

Earn money when you search!

WordPageBuilder

Discover a simple step-by-step software tool changing the way site owners distribute content while converting old dusty eBooks and Special Reports into Money Magents...in just 6 simple steps!

MINISITE - D.I.Y

Make Your Own Mini Sites in Just 30 Minutes ~ Without Being a Web-Techie, Buying Expensive Software or Paying Huge Web Design Fees

Sponsors

Your Ad Here

Your Ad Here