Friday, July 02, 2004
DiGi serap teknologi Telenor ke Malaysia
DiGi Telecommunications Sdn. Bhd. akan memanfaatkan teknologi yang dimiliki oleh syarikat induknya di Norway, Telenor ASA untuk dilaksanakan di negara ini.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Telenor, Arve Johansen berkata, pihaknya akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada DiGi untuk memindahkan teknologi yang dimiliki ke Malaysia.
Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Telenor Mobile berkata, DiGi akan mendapat manfaat daripada sokongan dan pengalaman Telenor bagi mempertingkatkan perkhidmatan DiGi.
``Sebagai syarikat di bawah Telenor, kami sentiasa memberi sokongan penuh kepada DiGi bagi meningkatkan prestasi perkhidmatan dan perniagaannya di Malaysia.
``Kami juga berasa bertanggungjawab untuk membangunkan suatu bentuk operasi dari pemilik yang aktif, termasuk memindahkan kepakaran dan teknologi terbaik di sini untuk diguna pakai DiGi,'' katanya.
More
Read or Post a Comment
<< Home