Firefox NEW Firefox 2.0 released - Download Now!

Tuesday, June 15, 2004

Tarikh Lahir

Ha...korang tau tak setiap tarikh lahir korang ader maknanyer...jadik tengok2 la kalau ianya sama atau tidak. Tapi ni sebagai bacaan sahaja. Bukkannyer tilikan. Ok

1. Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24
Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan
orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir tarikh ini
mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang tidak
menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap serius
terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan, dia
sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya.
Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan persahabatan daripada
percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan
yang
telah terjalin lama.

2. Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30

Orangnya perasa dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri
membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul
denganya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci jika
cintanya ditolak atau dikhianati olih orang yang benar-benar dicintainya.
Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu-buru dalam
bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering
mengalah sebelum mencuba.Oleh itu mesti ada yang mendorongnya agar tidak
terus terjebak dengan sikap pesimisnya.

3. Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29

Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang
lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan
mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan
bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul.
Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk di
mengertikan.

4. Tarikh Lahir pada 4, & 13

Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka
bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri
sendiri.Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata keranjang dan
suka bertukar-tukar partner. Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa
lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat dingin kepada orang lain
kerana menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya masalah.
Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersikap
keanak-anakkan.

5. Tarikh Lahir pada 5 & 17

Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita
tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia adalah seorang
yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi.Memandangkan
sesuatu selalunya dari segi yang menguntungkan.Tapi sayangnya dia suka
menganggap remeh pada orang lain.Dalam soal cinta, berhati-hatilah kerana
dia suka bertukar-tukar pasangan.

6. Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27

Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah.
Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani.Dalam
soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang
dicintainya.Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak
pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.

7. Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31

Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur.Namun dia
mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah.
Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang. Semasa
bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya
curang dia dengan mudah meninggalkannya.

8. Tarikh Lahir pada 8 & 23

Dia bersifat peramah dan mudah perasa. Kepada teman-teman dia bersifat
lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman-teman kerana rasa
rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana yang seimbang
baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian.Kelemahan yang paling
menonjol ialah gugup dan selalu dihantui perasaan khuatir tetapi dia
adalah seorang yang penjimat. Dalam urusan cinta, dia seorang yang tabah dan rela
berkorban.

9. Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21

Suka bekerja keras,memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai
cita-citanya.Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah
tersinggung.Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi
persoalan.Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah
disenangi.Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan
kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat.

10. Tarikh Lahir pada 12 & 19

Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji.Dia berharap
setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya dia suka
berdandan dan berpakaian rapi.Kerana itu dia sering membelanjakan wangnya
untuk menunjukan penampilannya.Dalam Kehidupan sehari-hari dia adalah
pasangan yang disegani kerana bakat kepimpinannya.Sifatnya yang bijaksana
membuatkan dia disegani dalam pergaulan.Dalam urusan cinta, dia adalah
pasangan yang sangat susah untuk dipercayai.

11. Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26

Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh
ini.Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam
menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila
menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang
berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan
dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat
pada pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan.

12. Tarikh Lahir pada 22 & 25

Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana
kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya.Namun buat
teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi
dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan kelebihannya
pada orang lain. Pasangan jenis ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah
dia diberi jolokan seniman asmara.


Posted by Zamri@ 6/15/2004 10:45:00 AM




Advertise Here

Buy to Let Mortgages

Adsense Traffic Secrets

Secrets how to bring more traffic to your adsense blog/web by Joel Comm

Minisitesecretsrevealed

Get your hands on Dan Kelly's "Mini-Site Secrets Revealed" absolutely free!!

Join SlashMySearch

Earn money when you search!

WordPageBuilder

Discover a simple step-by-step software tool changing the way site owners distribute content while converting old dusty eBooks and Special Reports into Money Magents...in just 6 simple steps!

MINISITE - D.I.Y

Make Your Own Mini Sites in Just 30 Minutes ~ Without Being a Web-Techie, Buying Expensive Software or Paying Huge Web Design Fees

Sponsors

Your Ad Here

Your Ad Here