Tuesday, June 29, 2004
Bicara Agama
Kadar balasan di akhirat
Imam Ghazali berpesan:
Wahai anakku tercinta, selagi kamu tidak beramal, maka selama itulah kamu tidak akan mendapat pahala.
Ini menunjukkan bahawa seseorang manusia perlu melakukan dalam kehidupannya itu, amalan- amalan yang banyak dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t., iaitu menerusi pahala yang dicurahkan-Nya kerana sesungguhnya kadar balasan yang akan Allah berikan kepada manusia itu adalah berdasarkan kadar amalannya.
Justeru itu, melalui ilmu pengetahuan yang kita peroleh, hendaklah kita bermuhasabah untuk menilai kembali amalan yang kita lakukan.
Sesungguhnya bermuhasabah ini merupakan perkara-perkara yang menjadi amalan kepada para sahabat yang telah pun diberikan wasiat oleh Rasulullah s.a.w :
Hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitung, dan sentiasalah kamu menimbang amalan kamu sebelum kamu ditimbang oleh Allah s.w.t.''
Read or Post a Comment
<< Home